Monday, January 10, 2011

ERIN 1.4

Memori itu berakhir setakat itu.Maria terdengar esak tangis yang halus.Erin kelihatan menangis di penjuru pondok itu menundukkan kepalanya.Maria teragak-agak untuk mendekatinya.Kakinya perlahan menapak kearah Erin.Dia merasakan terdapatnya suatu daya tarikan yang mengarahkannya agar memujuk budak itu.Tangannya cuba menyentuh bahu Erin.Erin mengangkat kepalanya.Maria jatuh terduduk melihatkan air mata darah yang mengalir dari mata Erin.Dia tergamam.Serentak itu,Erin hilang dari pandangannya.Kepalanya terasa berpinar-pinar.Pandangannya kembali gelap.
            “Okey,sekarang angkat.Mangsa kita dalam keadaan selamat dan tidak mengalami luka yang parah.”jerit seorang sukarelawan dalam misi menyelamatkan Maria dari lubang yang dalam itu.
            Mata Maria terasa perit tatkala sinar mentari menusuk matanya.Sudah berapa lama dia di situ?Dia diam memerhati orang di sekelilingnya.Matanya melingas-lingas mencari kelibat orang yang mungkin dikenalinya.Seorang wanita berbaju kurung hijau tua meluru ke arahnya.Wanita itu menangis sambil memeluk erat Maria.Dia bersyukur kerana anak perempuan tunggalnya itu selamat.
            “Ibu.”sayu Maria memanggil ibunya.Dia membalas erat pelukan ibunya.
            Seorang anggota polis yang bertugas mencarinya memulakan soal siasat.Maria menjawab segala yang disoal.Bahkan,dia terperanjat apabila diberitahu bahawa sudah seminggu dia menghilangkan diri walhal baru dua hari lepas dia terjatuh.Seraya itu,fikirannya diputar kembali detik-detik bersama Erin.Dia meminta jasa baik seorang pegawai di situ untuk memeriksa tanah yang mungkin mempunyai mayat Erin.
            Sesi penggalian dimulakan.Benar seperti yang dikatakan Maria,terdapat sisa-sisa tulang kecil telah dijumpai.Bersungguh-sungguh Maria meminta agar pihak polis boleh menjalankan penyiasatan lanjut.Dia tidak mahu kematian Erin menjadi sia-sia.Polis itu mengarahkannya agar bertenang dan rehatkan diri di rumah.Mereka akan memaklumkannya jika terdapat apa-apa peningkatan dalam siasatan mereka.
            Seminggu telah berlalu,Maria sendiri sudah mendapat pengesahan pihak polis bahawa mayat itu sememangnya merupakan mayat Erin yang dikatakan telah hilang 15 tahun yang lalu.Ibunya masih hidup sehingga kini dan dia mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjumpai anaknya walaupun yang tinggal hanyalah tulang.Maria sendiri telah berjumpa dengan ibu Erin untuk menceritakan kisah sebenar sepanjang kehilangannya.Siasatan lanjut yang dibuat pihak polis telah membuktikan kebenaran kata-kata Maria.Penjenayah-penjenayah terbabit telah ditahan untuk disoal siasat dan akan dihukum atas kesalahan kejam yang telah dilakukan mereka.
            Melalui ibu Erin,Maria mendapat tahu bahawa penjenayah-penjenayah terbabit mengaburi mata mereka dengan mangatakan bahawa Lan mati menjadi mangsa binatang buas manakala Erin gagal diselamatkan.Malahan,mayatnya tidak dijumpai walaupun telah ditubuhkan suatu jawatankuasa kampung untuk mencari mayat Erin.
            Petang itu,Maria berjalan beriringan bersama ibu Erin ke perkuburan Islam.Mayat Erin telah selamat dikebumikan bersama ayahnya.Maria membacakan surah Al-Fatihah dan berdoa agar diberikan ketenangan buat roh si mangsa.Selesai mengaminkan doanya,Maria terlihat kelibat Erin yang tersenyum riang melambai-lambai dari jauh bersama ayah kesayangannya.Maria tersenyum kembali bersama lembut bayu angin sepoi-sepoi yang nyaman memberi petanda gembira.Kelibat mereka berdua turut hilang bersama hembusan angin petang.