Thursday, January 6, 2011

ERIN 1.3

Terasa badannya disentuh sesuatu yang sejuk,Maria membuka matanya.Terkejut dibuatnya apabila melihat Erin berada betul-betul dihadapannya memandang dengan senyuman kecil.Dia beristighfar di dalam hati.Dia hanya takutkan Allah.Berkali-kali dia mengingatkan dirinya.Jam ditangannya dilihat.Lagi 10 minit jam tujuh pagi.Alamak!dia hampir tertinggal solat subuhnya.Perlahan dia mengucapkan terima kasih kepada Erin kerana mengejutkannya walaupun perbuatan Erin itu menakutkannya.
            Sekali lagi,badannya terasa ditarik suatu kuasa agar bergerak ke luar pondok. Bayangan semalam kembali.Situasinya masih sama.Perbezaaannya,Maria dapat melihat berlakunya pertengkaran kecil antara lelaki semalam dengan rakan-rakannya.Lelaki itu kalah dalam perjudiannya.Budak perempuan itu terpinga-pinga melihat pertengkaran yang berlaku.Budak itu cuba menghalang ayahnya dari dipukul.Kali ini,Maria dapat menangkap apa yang diperbicarakan mereka.
            “Lan,kau dah kalah.Sekarang aku mahu tuntut taruhan kita awal tadi,”lelaki bermisai lentik itu menunjukkan kearah budak perempuan itu sambil ketawa berdekah-dekah. Berpuluh ribu ekor syaitan ikut masuk ke dalam mulutnya yang terbuka luas.Gelakannya tadi disertai rakan-rakannya.
            “Tidak.Kita tukar taruhan.Dia masih kecil.Tolong jangan apa-apakan dia.”Lan merayu.Anaknya dipeluk erat.
            Lelaki bermisai tadi menghulurkan tangannya ingin mengambil budak perempuan itu dari tangan Lan.Serentak itu tangannya ditepis Lan.Budak perempuan itu ditolak Lan sambil menjadikan badannya sebagai penghalang agar lelaki-lelaki yang bernafsukan syaitan itu gagal mendapatkan apa yang mereka mahukan.Dia menjerit menghalau anaknya agar menyelamatkan dirinya.Budak perempuan itu menangis tidak mahu meninggalkan ayahnya.Pun begitu,kaki kecilnya mematuhi arahan ayahnya.Dia berlari bukan kerana takut tetapi kerana ingin menyelamatkan ayahnya.
            Kaki kecilnya tidak mampu melangkah lebih jauh apabila dia tersadung pada akar pokok meranti tembaga.Budak itu berusaha bangun walaupun kakinya mengalami luka kecil. Tiba-tiba,tangannya disentap suatu tangan yang lebih besar darinya.Lelaki bermisai tadi berjaya menangkapnya.Matanya bersinar penuh kejahatan.Budak itu meronta-ronta minta dilepaskan namun tidak diendahkannya.Dia mula membuka baju budak itu.Ketakutan,budak itu menggigit lengan lelaki bertopengkan manusia itu.Arrgh!Lelaki itu menjerit kesakitan.Tangannya masih erat memegang budak itu walaupun perit.Tanpa belas kasihan,budak itu dipukulnya sehingga pengsan.Saat itu juga dia melempiaskan nafsu serakahnya.Dia tersenyum puas.
            Menggeletar badan Maria melihat kejadian itu.Dia merasakan suatu perasaan yang teramat pilu.Begitu kejamnya lelaki itu.Dia memang syaitan!Syaitan!Maria menjerit keseorangan menahan esakan tangisnya.Air matanya laju mengalir tanpa henti.Badannya terasa lemah.
            Fikirnya,itu merupakan penamat bagi memori duka tersebut.Keadaan di sekelilingnya berputar-putar.Dia kembali berada di hadapan pondok tersebut.Lelaki durjana tadi pulang membawa habuan yang telah diratahnya untuk diberikan kepada anak-anak buahnya.Budak perempuan itu terkulai layu.Perlahan air mata budak itu mengalir mengenangkan nasibnya.Dia bertambah sayu apabila melihat tubuh ayahnya yang sudah terbaring berlumuran darah tidak bergerak lagi di tanah.Matanya kuyu memerhati anak-anak buah lelaki tadi yang bergilir-gilir melepaskan nafsu syaitan mereka pada badannya.Dia sudah tidak berdaya.Badannya terasa amat lemah.Mereka terlalu besar buat dirinya.Matanya semakin layu dan akhirnya turut tertutup mengikut jejak ayahnya.
continue~