Wednesday, September 12, 2012

Kosmo! Online - Negara

klik link = Kosmo! Online - Negara

Maut Angkara Cinta Ditolak

Pada hari selasa, jam 5.15 pagi, 11 sept 2012 yg lalu..Kyn terkejut apabila tiba-tiba dikejutkan rakan sebilik agar memakai tudung atas arahan warden Lan. Mula-mula tu gelabah la jugak cari mana jubah ni, takkan nak tayang boxer kat warden pulak..Tapi tindakan kyn tu ditegah rakan sebilik. Rupa-rupanya, kami diminta agar menjenguk ke bawah melalui beranda tingkat 17.

Kelihatan warden Lan bersama 2 orang pengawal keselamatan dan juga seorang lelaki menunjuk-nunjuk ke arah kami. Apa yang dibualkan memang tidak kedengaran. Maklumlah, ground floor dengan 17 floor teramat lah jauh. Namun, rakan sebilik yang sedari tadi mendengar arahan warden Lan melalui telefon terduduk menggeletar. Pelik juga kyn apabila melihatkan keadaannya. Apabila ditanya, tiada sepatah pun yg mampu diberikan sebagai jawapan. Akhirnya, dia memberitahu bahawa warden Lan mahu datang ke rumah.

Terkejut, gelabah, cuak,risau, takut semua berkumpul dalam diri kyn.. Gila ke nak datang pagi-pagi buta begitu. Ada kes besar ke? Apa lagilah bala yang nak datang ni? Kentang putar tak siap lagi.. Kena sedia fizikal mental untuk masterchef kolej lagi. Tanpa berfikir panjang, kyn meluru masuk ke bilik untuk mencari jubah bagi disarung menutup segala aurat. Sedang menggelabah menyarung jubah, loceng yang ditekan dari luar berbunyi kuat. Alamak! warden Lan dah datang. kami berdua gelabah. Kyn meminta rakan tersebut membuka pintu sementara Kyn menyarung jubah sepenuhnya. Ketua rumah kyn yang sedang nyenyak tidur kyn kejut.

Warden Lan masuk dengan rupa gelisah,risau dan geram. Nada suaranya dikawal menyoal kami sebab-sebab tidak membuka pintu jam 4 pagi tadi. Hampir sejam mereka cuba untuk menghubungi ahli rumah kami namun gagal. Hampir pecah pintu diketuk ditendangnya. berpuluh miss call di dail namun tidak berjawab. Pihak polis wanita yang turut sama ketika itu juga bingung. Kenapa kami tidak memberikan kerjasama?

Sedaya upaya kyn dan ahli-ahli rumah yang lain memberikan keterangan yang sebenarnya. Kami semua tidak sedar atau terdengar apa-apa bunyi pun ketika itu. Kebetulan kami semua letih, penat dan mengantuk lalu tertidur dengan nyenyaknya. Warden Lan ragu-ragu dengan kenyataan kami. Keadaan ini terlalu kebetulan untuk tiada seorang pun mendengar loceng yang ditekan berkali-kali.

Setelah selesai segala urusan dengan Warden lan, kami meneruskan aktiviti kebiasaan kami pada waktu pagi. Ada yang bersiap untuk ke kolej dan ada yang masih seronok memberi pelbagai andaian dan kemungkinan tentang kes yang terjadi pada pagi itu (sila rujuk berita kosmo!) selang beberapa minit kemudian, kami dipanggil turun untuk memberi keterangan kepada pihak polis. Alhamdulillah mereka melayan kami dengan baik dan mereka menerangkan serba sedikit kejadian sebenar yang berlaku.

Sempat juga kyn dan kawan cuba bertanyakan budak-budak dari kolej lain andai mereka mendengar berita mahupun mengenali mangsa namun semuanya memberikan jawapan yang negatif. Alhamdulillah, melalui  kejadian ini kyn memperoleh satu lagi kawan yang baru^^

Pada hari keesokannya (rabu, 12 sept 2012) kejadian malang yang menimpa gadis itu sudah diterbitkan oleh surat khabar kosmo!

                  -The End of The Long Story-