Tuesday, January 4, 2011

ERIN 1.2

’TOLONG SAYA.ERIN.’
            Tolong?Tolong apa?Siapa kau?Kenapa aku mesti tolong kau?Pelbagai persoalan bermain-main di kepalanya.Seakan-akan memahami apa yang difikirkan Maria,Erin berjalan ke semak samun tempat dia bersembunyi tadi.Tangannya diarahkan ke tanah yang merah dibasahi air hujan pagi tadi.Maria memberanikan dirinya mengekori langkah Erin.Tanah itu cuba didekatinya namun dihalang Erin.Suatu bayangan masa lampau meliputi dirinya.
            Maria kembali ke saat Erin masih hidup.Dia dapat melihat seorang budak perempuan kecil yang comel dan riang sedang bermain-main dengan tupai-tupai yang melompat-lompat di dahan sekitarnya.Dia mengagak umur budak itu dalam lingkungan empat tahun.Tidak jauh dari tempat budak itu berada,Maria dapat melihat seorang lelaki dalam lingkungan 30-an sedang berjudi di pondok itu bersama rakan-rakannya.Budak perempuan itu berlari kembali ke lelaki tadi yang merupakan ayahnya setelah penat bermain.Lelaki itu hanya membiarkan kerenah anak perempuannya.Dia masih meneruskan permainannya yang terhenti.
            Senja mulai menjelma.Lelaki tadi mengangkat anaknya perlahan untuk dibawa pulang.Urusannya telah selesai.Maria dapat melihat pancaran kasih yang teramat dari lelaki itu terhadap anaknya.Gelap.Memori itu terhenti setakat itu.Tanpa disedarinya,dia kini berada di hadapan pondok yang dilihatnya tadi.Bayangan budak itu hilang.Begitu juga dengan Erin.Dia kembali keseorangan.Bunyi unggas dan pelbagai makluk ciptaan tuhan yang bersahut-sahutan menaikkan bulu roma Maria.Bulan sudah mula menampakkan dirinya yang menjadi pujaan pungguk di malam hari.Mahu tidak mahu Maria melangkah masuk ke dalam pondok usang itu.Diperhatinya keadaan sekeliling.Tiada apa-apa di dalam pondok itu kecuali kerusi rotan yang sudah lama dan tikar lusuh. Dia masih tidak lupakan pesanan ustazah di sekolahnya. Ayat kursi dibacanya sebelum memasuki pondok itu.
            Krruukk..Perutnya berbunyi.Aduh,laparnya!Maria memegang perutnya.Seingatnya, dia tidak menjamah apa-apa makanan sejak dia terjatuh ke dalam lubang itu.Mana dia mahu cari makanan di tengah-tengah hutan ini?Maria membaringkan badannya di tikar lusuh itu.Teringat dia masakan ibunya yang lazat lagi menyelerakan.Ah,rindunya!
            Bagai terkena kejutan elektrik,Maria bingkas duduk.Dia baru teringat beg galas yang dibawanya dari awal.Segala isi perut beg itu dikeluarkannya.Hm,ada 3 bungkus keropok ikan,4 biji epal dan 2 botol air minuman.Cukup agaknya makanan n?.Maria mengira-ngira makanan yang bakal menjadi bekalannya sehingga dia diselamatkan.Dia sendiri tidak mengetahui bila dia akan terlepas dari kemelut yang melandanya.Alhamdulillah,terisi juga perut aku malam ini.Maria tersenyum kegembiraan.Selesai menjamah sedikit bekalannya,Maria bertayamum seperti yang pernah diajar ustazahnya dahulu.Ketika susah barulah dia kembali teringat kepada tuhan penciptanya,Allah yang Esa.Sayu hati Maria mengenangkan perihal itu.
continue~