Tuesday, February 1, 2011

Aku Bakal Designer - Chapter 2.3 -


p/s:sory lme x update crita ni..

[ Detektif Marlissa ]

  Keesokkannya, aku mengatur rancangan untuk bertemu di tempat biasa kami iaitu di taman permainan yang menghadap rumahku jam empat petang.Usai menukar baju sekolah,aku turun ke meja makan melihat hidangan yang dimasak ibuku.Wah,ada ayam masak kari,tom yam dan ikan masak merah!Semuanya makanan yang aku gemari.Tak sabar pula nak makan.

  “Mama,thanks untuk masakan yang sedap ini.You are the best ma.”puji aku sambil menyenduk tom yam.
  Sedang asyik menikmati masakan mama yang tersedap di dunia,mataku melingas ke sekeliling rumah melihat-lihat hiasan yang mama aturkan.Semuanya kelihatan kemas dan menarik.Mama memilih konsep bali untuk menghias ruang makan dan taman di luar.Bahagian-bahagian rumah yang lain mama hias menggunakan gaya kontemporari.Mataku tertancap pada jam dinding rekaan Rafael Morgan yang dibeli ayahku sewaktu bertugas di Jerman.Jam hampir menunjukkan pukul  empat petang.Masih ada 15 minit lagi untuk aku bersiap.Aku mulai kalut.Usai membasuh pinggan yang telah digunakan untuk makan,aku mencapai tudung berwarna hitam yang telah kusangkutkan di almari.Aku sempat membelek-belek diriku di hadapan cermin bagi memastikan tudungku kemas.Sedikit minyak wangi  jenama enchanteur aku semburkan pada diriku sebelum melangkah keluar.
   “Nasib baik sempat.Ha!Itupun Lis baru sampai.”,aku melambai-lambaikan tanganku ke arah Alissa yang berbasikal.
   “Awal kau hari ini.Terkejut aku tengok ada orang melambai-lambai dari jauh.”Alissa memarkirkan basikalnya di hadapan rumahku.
   Aku hanya tersenyum mempamerkan barisan gigi yang putih tersusun seperti iklan ubat gigi colgate.Alissa mengambil tempat duduknya di sebelahku di bawah sepohon angsana.Memang  menjadi kebiasaan kami untuk duduk sambil bercerita rahsia dan gosip di bawah pohon yang redup ini.Malahan,sudah menjadi tugasku pula untuk menbawa tikar kecil untuk kami duduk bersantai manakala Alissa akan membawa sedikit makanan ringan untuk kami jamu.Mataku asyik memandang sekumpulan anak kecil bermain-main di taman permainan yang disediakan untuk kemudahan kejiranan tersebut.Ah,betapa aku rindukan saat-saat manisku ketika kecil!Aku mengeluh perlahan.Namun,keluhan itu didengari Alissa.
  “Kau ni kenapa pula?Dah la termenung jauh melupakan kawan baik kau di sebelah ni,mengeluh pula tu.”Alissa mencuitku sedikit meminta penjelasanku akan sebab pertemuan mereka pada petang itu.
  “Hm,aku cuma teringat masa kecilku dulu.Rindu pula.Aku Cuma mahu kau ceritakan pada aku kalau kau ada masalah.Kitakan kawan.Friends in need is a friend indeed.Isn’t my dear,”Aku membalas sambil memujuk manja.
  “Hish!kau ni.Tak payah nak gedik dengan aku boleh tak?Aku tau la Inggeris kau power tapi tak payah la menonjol sangat.Terkebil-kebil aku jadinya nanti.Aku bukan tidak mahu ceritakan pada kau Cuma aku tidak mahu kau terlalu risaukan aku kemudian hari.Kau sendiri pun tahu perangai kau kan?”ujar Alissa sayu.
  “Ok.I promise tak akan buat macam tu.Aku akan cuba control sifat keibuan aku ni.Hihi.”aku tersengih sambil menunjukkan jari kelingkingku bersedia untuk melakukan satu pinky promise.
   Jariku disambut erat Alissa.Kami melepaskan jari kami dengan satu ketawa kecil.Melalui ini,dia memberitahuku akan penyakitnya.Dia disahkan menghidap cancer tahap 2 beberapa minggu yang lalu.Dia dijadualkan akan menjalani rawatan lusa ini.Berita ini sangat mengejutkan buat diriku yang begitu rapat dengannya.Hal ini kerana Alissa kelihatan sihat seperti biasa kecuali selera makannya yang menurun dan perubahan sikapnya yang sedikit pendiam akhir-akhir ini.
   Aku senyap menundukkan kepalaku menahan tangis.Alissa juga berbuat demikian.Mungkin dia merasa serba salah kerana memberitahuku agak lewat.Aku mencapai tangannya dan mengenggamnya erat.Aku mengangkat kepalaku dan melemparkan senyuman kepadanya.Menandakan aku sudah boleh menerima berita yang diberikannya.Kami masih setia bersantai di bawah pohon angsana itu sambil menikmati angin petang yang indah ciptaan tuhan yang satu untuk beberapa ketika sebelum memutuskan untuk pulang.