Wednesday, December 4, 2013

Politik oh Politik..Ape da..

Assalamualaikum w.b.h~

Post hari ni berkaitan dengan ketidakpuasan hati pada politik di tanah airku (Malaysia). Entah macam mana boleh pulak aku terfikirkan hal ini. Walhal sbelum ni tak pernah terlintas pun nak ambil peduli. Hm, mungkin sebab ummi aku asyik komplen pasal politik tiap hari kat telinga aku kot.  Almaklumlah, teman bicara politiknya (abah) berada nun jauh di pakistan..Hihi..

Hari ni aku duduk makan sambil menonton televisyen. Disebabkan ummi yang memegang remote control, aku ia kan setiap cerita yang ditontonnya. Sekali sekala je pun aku duduk melangut tengok tv dengan ummi. Dari satu channel ke satu channel, last-last ummi tengok sidang parlimen.. Hadess, politik lagi (ini hati aku yang cakap) -_-

Aku pun layan je la walaupun tak minat sangat. Lagipun kena fikir jugak, walau aku tak minat macam mana pun politik ni tapi apabila makin membesar, hal ini jugak yang akan dibahaskan oleh rakyat sekeliling. Duduk kat kedai-kedai makan pun bole dengar tau perbahasan ni. Nak pulak aku akan menjalani practical training. Mana la tau bos nak jadikan ni topik perbualan..hehe.

Ok, jauh pula membayang. Actually, aku cuma nak tekankan kat sini yang AKU MEMANG TAK MINAT POLITIK. Aku memang jenis yang suka neutral. Tak pilih mana-mana sebab aku malas nak gaduh-gaduh. Ish, tak suka lah kan kalau nak gaduh hanya sebab benda kecik camni. Sampai nak berenggang bagai, dari couple bole clash, kawin pun nak kena ikut hal kait politik, kerja pun kena kait politik..Oh PUHLizZ! Aku bukan jenis macam tu and tak suka macam tu!. Aku lebih suka dengar kedua-dua pendapat.

Tapi walau macam mana aku dengar & baca pun, bila sebut tentang kenaikan harga...Aku jadi macam bingung sebentar, naik geram sampai rasa macam nak mencarut-carut (Astaghfirullah..nasib baik ade pengganti zikir) Bukan apa sebab aku adalah salah seorang generasi akan datang. Bila aku mula membayangkan apa yang akan jadi in the future, aku jadi takut. Gaji permulaan rendah & bila dah tolak nak bayar bagai-bagai bil, aku rasa makan ikan masin pucuk paku je la mampu..sob sob.. Ok, namo fikir dah. Bak kata seorang member,"Live in the moment." Thats why right now I act like ignorant people who doesn't really care about politik negara.

But still, terus terang cakap, aku memang pernah terfikir nak duduk luar negara. Kahwin je dengan orang luar. Berhijrah. Nampak macam melarikan diri kan. Hehe, padahal aku ikut jer saranan ahli politik yang kata ,"kalau tak suka politik sini, pindah la negara lain." Tak salah kan?(Aku tak tau ni ayat siapa, dengar dari ummi jer pun) Opps..neutral neutral.. Nanti tak pasal-pasal tanam anggur jer sebab politik + kerja.. Yup, memang pernah terfikir hal pindah keluar tapi sebab bila fikirkan balik, sayang jugak sebab ini tempat lahirku. rasulullah sendiri sarankan kita cintakan negara. Rasulullah idol aku, takkan tak nak ikut pulak kan.

Hm, dah la..Penat tangan menaip jer (walau mulut tak berbuih berbicara).. Bukan dapat apa pun kalau cerita pasal ni (kepuasan hati ade la). Aku nak balik jadi neutral tapi ingat, walau orang tu berdiam diri macam mana sekali pun, jangan sesekali provokasi orang tu. Gunung berapi yang senyap jangan diledakkan. Nanti banyak bicara tersimpan yang pedih-pedih keluar. Mahu luka berlagu pasni..hihi.. Ok, sekian ;)