Saturday, March 10, 2012

Lollipops Lover 1.4 (End)



Hujung minggu itu, Kiera memakai baju baru yang dibelinya dua hari lepas. Sudah tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan Kim. Rasa macam setahun walhal baru seminggu. Beg kecil pemberian Kim untuknya melalui Khai dipakainya.
Sekali lagi dia membelek dirinya dihadapan cermin. Cantik, getus hatinya. Selendang merah hati dipadannya dengan blouse putih labuh. Seluar hitamnya tersarung cantik pada kakinya. Semuanya lengkap dan menutup aurat. Tak ada satu pun yang kurang. Dengan penuh yakin Kiera melangkah keluar.
“Khai, cepatlah. Kita dah lambat ni.” Laung Kiera tidak sabar.
“Kejap kak. Satu minit lagi.” Balas Khai dari biliknya.
Tergesa-gesa Khai turun. Beg sekolahnya digalas. Kiera memandang pelik. Apa kena dengan budak ni sampai bawak beg sekolah. Kita kan nak pergi kedai Sweetie Shop je. Ah, lantaklah! Aku dah lambat ni.
“Jom.”
Sebaik sampai di kedai Sweetie Shop, Khai melepaskan dirinya dari Kiera. Dia melambai-lambai tangannya ke arah Kiera. Terpinga-pinga Kiera dibuatnya apabila ditinggalkan sendirian macam tu. Apa dia nak buat ni.
Khai menyelinap masuk melalui lubang pagar belakang Sweetie Shop. Abang Kim yang tunjukkan jalan rahsia tu. Masih ada urusan yang perlu diuruskannya. Kakaknya tidak perlu tahu apa yang ingin dilakukannya. Khai tersenyum nakal. Ini semua plan abang Kim, sorry kak.
“Kiera, masuklah.” Pelawa Uncle Amru. Dia pun sudah sedia maklum dengan perancangan Kim. Tiba-tiba dia mengukir senyuman. Dia mahu kasi rosak sikit kejutan Kim. Hehehe..
 “ Amboi, cantiknya orang tu. Rasa macam sedondon dengan orang di belakang. Hm, suspicious. Ada apa-apa ke?” usik Uncle Amru.
“Iey, mana adalah Uncle. Suka sangat mengusik Kiera.” Geram Kiera yang sebenarnya turut merasa malu. Sengaja dia sorokkannya. Tidak mahu diusik lebih lama dengan Uncle Amru, segera dia mengangkat kaki beredar ke ruang belakang kedai.
“Eh, budak ni! Dah macam kedai dia pulak.” Ujar Uncle Amru. Namun dia hanya membiarkan Kiera berlalu pergi. Dia pun sudah biasa dengan Kiera. Selalu juga Kiera datang melawatnya dulu. Tak lama lagi kedai ni pun akan jadi miliknya. Dia sudah penat. Dia ingin bersara sahaja.
Kringg!!
Loceng kedai berbunyi. Ada pelanggan masuk. Uncle Amru bersedia menanti pelanggannya. Seorang perempuan muda dalam lingkungan dua puluh lima berdiri di hadapannya. Kelihatan ayu sehingga Uncle Amru terpukau melihatnya. Terbang sebentar dia dari kedai itu.
“ Assalamualaikum.. Saya Anis.” lembut perempuan itu berbicara.
“Ah..Ah.. ye saya. Ada apa boleh saya bantu?” gelabah uncle Amru menjawab. Malu pulak dia nanti kalau tertangkap. Perlahan perempuan itu ketawa. Uncle Amru tersenyum. Ada can ni!
Berbalik kepada kisah Kiera. Puas Kiera berjalan di dalam kedai Sweetie Shop itu mencari Kim namun tidak dijumpainya. Kini, dia sedang berdiri betul-betul di tengah taman kedai. Matanya meliar melihat taman yang tidak pernah dirasakannya bosan.
Sebuah meja dengan dua batang lilin romantik. Bunga matahari dan ros yang digubah bersama diletakkan di sekeliling meja. Sebuah kotak putih diikat dengan reben pink terletak kemas di atas meja. Kiera menapak ke arah meja tersebut.
Tiba-tiba, suatu alunan piano kedengaran. Kiera mencari-cari punca piano tersebut. Lah, dari radio rupanya. Macam mana boleh berbunyi pulak. Buat seram sejuk je la. Mesti kerja Kim. Entah apa je rancangan budak tu.
“Kim, you kat mana? Keluarlah.” Seru Kiera.
Seorang pemuda berkemeja merah hati dengan seluar hitam keluar dari pintu kedai menuju ke arahnya diekori seorang kanak-kanak kecil berbaju kemeja putih dengan seluar hitam. Wah, memang sepadanlah mereka semua. Sama macam Uncle Amru cakap.
“Khai, apa awak buat kat sini?” soal Kiera pelik melihat adiknya mengekori Kim.
“Silakan duduk tuan, puan.” Khai menjawab dengan nada seorang penyambut tetamu. Wah, ada bakat besar ni! Boleh diasah lagi menjadi pelakon handalan suatu hari nanti.
Kiera hanya mematuhi arahan yang diberikan apabila dia melihat Kim sudah mengambil tempat duduk di hadapannya. Terkelip-kelip matanya memandang gelagat dua orang yang rapat dengannya itu. Khai mengeluarkan barang dari beg sekolahnya manakala Kim menyambut.
Sebaik tips diberikan Kim, Khai berlalu keluar. Lama Kiera memandang perlakuan dua makhluk tuhan itu. Nak bertanya tapi lidah dirasakan kelu apabila melihat peraturan yang cukup rapi dibuat Kim.
“Kiera, I have something for you,” lembut Kim menyusun ayat. Tangannya menghulurkan sebuah kotak yang diambilnya dari Khai tadi. Tergamam Kiera melihat perlakuan Kim yang sangat sweet itu. Gentleman sejati yang diimpikannya. Terasa bagai dilamar pun ada.
Perlahan Kiera menyambut pemberian Kim. Matanya tidak berkelip memandang kotak pemberian Kim. Patut ke dibukanya sekarang atau kemudian sahaja?
“Bukalah.” Kim memberi arahan bagai mengetahui isi hati Kiera.
Ragu-ragu Kiera membuka kotak itu. Pejam celik matanya di saat ingin membuka kotak tersebut. Hatinya berdegup dengan penuh debaran. Ada cincin ke dalam tu? Ish, cemas gila kot!
“Ah!!!” Jerit Kiera. Terkinja-kinja dia melompat kegelian.
Kim sudah ketawa tergolek-golek melihat reaksi Kiera apabila dua ekor katak melompat keluar dari kotak. Sudah lama dia tidak mengusik Kiera sebegitu. Rindu pula rasanya. Kim teringat kembali detik permulaan persahabatan mereka dahulu.
“Kim!!! Kejamnya you.” Jerit Kiera geram apabila dipermainkan sebegitu rupa. Tangannya pantas mencubit lengan Kim. Nasib baik beralas.
“ Aduduh.. Sakit la Kiera.” Kim mengerang. Lengannya diusap-usap. Berbisa sungguh cubitan maut Kiera ni.
Di sebalik pintu kedai, Uncle Amru dan Khai yang memerhati sedari tadi tergelak-gelak perlahan. Seorang perempuan turut sama menyertai misi ‘skodeng’ mereka berdua. Eh, Anis pun ada sekali! Laju betul Uncle Amru memancing orang tapi kalau pancing ikan memang tak pernahnya nak dapat.
Kiera menarik muncungnya panjang. Geramnya masih belum hilang Kim membuat muka selamba walaupun lengannya masih sakit dicubit Kiera. Biarlah, saja dia nak bermanja-manja sikit dengan Kiera.
“ Kiera, I’m sorry. This is really mean for you. I rindu nak usik you.” Kali ini Kim bersuara memujuk. Di tangannya terdapat sebuah lagi kotak yang lebih kecil berbanding tadi.
“Tak nak. You je yang bukakkan. Entah nanti ada cacing pulak dalam tu.” Kiera merajuk.
“Ok.” Pantas Kim membuka kotak kecil di tangannya. Di dalamnya, satu set lollipop berbentuk barang kemas tersusun rapi. Mata Kiera membulat melihatkan lollipop yang istimewa itu.
“This is special made for you from Kim to Kiera. Lollipop pertama I yang berjaya atas dorongan you.”
Sebatang lollipop berbentuk cincin dikeluarkan Kim lalu dihulurkan kepada Kiera. Lollipop cincin itu diukir halus membentuk ayat “ I Love You K”. Terharu Kiera dengan pemberian Kim. Matanya mengalir air mata gembira. Tidak pernah dirasakannya sebahagia ini.
Akhirnya, ‘K’ itu memang miliknya. Kim dan Kiera. Bukan lagi ‘K’ untuk Kim tetapi untuk mereka berdua. Melihatkan Kim yang mulai gelabah apabila Kiera mengalirkan air mata, Kiera tersenyum.
“ I also have something for you.” Ujar Kiera yang membuatkan Kim terdiam.
Sekeping kad berwarna merah jambu berhiaskan corak hati berwarna merah seperti merahnya hati mereka pada ketika itu dikeluarkan Kiera dari beg pemberian Kim. Tersenyum Kim melihat Kiera menggunakan beg yang dihadiahinya untuk hari yang istimewa itu.
“Di dalamnya ada jawapan I untuk you.”
Kim membelek-belek kad pemberian Kiera. Cantik dan kemas kad buatan Kiera itu. Hampir seminggu Kiera menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kad itu. Puas dia meneroka setiap laman web di internet untuk mencari idea bagi mereka kad tersebut.
Kad yang diberi Kiera dibuka Kim perlahan walaupun dia sudah tahu jawapan yang akan diberikan Kiera. Tertulis di dalamnya, ‘Sorry Kim sebab hati I telah dicuri orang dan you terlambat.’ . Tergamam Kim apabila membaca ayat tersebut.
“Kiera, you mean…” Kim tidak dapat menghabiskan ayatnya. Mukanya berubah sayu. Kiera mengangguk.
“ Cuba you tengok di sebalik bentuk hati tu.” Arah Kiera. Kim membaca ayat yang tertulis di situ. Kim membuka mulutnya ingin menjawab namun pantas Kiera meletakkan jarinya ke mulut menyuruhnya senyap. Dia ingin berbicara dahulu.
“ Yes, I fall in love with a guy name Hakim Arshad bin Shukri Salim. I love you sweetie.” Lembut Kiera melafazkan ayatnya.
Kim hanya mengangguk ceria. Di sebalik hati tersebut tertulis, ‘My lover’s: lollipop guy that always sweeten my life with candies’.
 ______________________________
Rosemary KAuthar~