Thursday, March 8, 2012

Lollipops Lover 1.3



Bertungkus-lumus Kim membantu pakciknya dalam penyediaan lollipop pagi itu. Dia ingin belajar dengan lebih serius cara-cara pembuatan lollipop. Hubungannya yang semakin baik dengan Kiera menggembirakan hatinya. Dia bersiul kecil.
Uncle Amru sekadar menggeleng. Faham sangat hati budak-budak ni. Cuma ego yang menghalang mereka dari saling berterus-terang. Hati mengatakan ya namun badan mengatakan tidak. Hm, biarlah pengalaman yang mengajar mereka.
Kiera pula kelihatan semakin gembira akhir-akhir ni. Ceria sahaja walau di manapun dia berada. Sampai Puan Miasara pun naik hairan. Dalam dua bulan ni, dah berapa kali dia hairan melihat perangai Kiera yang terlebih hyper daripada sebelumnya. Terlebih makan lollipop ke?
Sudah beberapa kali Kiera melawat Kim untuk memerhatikannya belajar cara pembuatan lollipop daripada Uncle Amrunya. Setiap kali itu jugalah dia membawa kenangan semanis lollipop yang biasa dibelinya balik ke rumah.
Kiera tersenyum sendirian. Nasib baiklah dia dalam bilik. Mahu diusik uminya kalau ketahuan. Uminya memang peka dengan hati mudanya. Cepat sahaja menangkap hati dan perasaanya. Naluri seorang ibu memang kuat. Kiera mula beranga andai suatu hari nanti dia bakal memiliki anaknya sendiri. Eh, sampai ke situ pula aku fikir!
Buku diari yang lama disimpannya dikeluarkan. Sejak dua menjak ni dia rajin menulis diari. Mungkin sebab dia merasa gembira dan ada mood untuk menulis. Dia dengan Kim sudah berjanji untuk tidak berjumpa selama seminggu. Oleh itu, dia banyak menghabiskan masa di rumah menulis diari.
Kim mahu memberi fokus yang lebih dalam pembuatan lollipop. Siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan lollipop yang lebih manis dan cantik. Mereka hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Kiera mengeluh. Apa kenalah dengan hatinya akhir-akhir ni.
“Akak, hari ni kita pergi Sweetie Shop jom.” Ajak Khai. Dilihatnya kakaknya itu banyak menghabiskan masa dirumah termenung. Pelik juga apabila kakaknya tidak menjenguk abang Kim. Gaduh ke mereka ni?
“Malaslah Khai. Akak dah janji dengan abang Kim untuk pergi hujung minggu sahaja.” Jawab Kiera.
“Oh…. Akak ada apa-apa ke dengan abang Kim?” soal Khai ingin tahu. Satu anak panah cintan menusuk ke hati Kiera. Aduh, apa dia nak jawab ni. Dia ada apa-apa ke dengan Kim? Rasa macam ada tapi macam tak ada pun ya jugak.
“ Em..Ah.. Macam mana akak nak jawab ye. Tak ada kot. Akak dengan abang Kim kawan je.” Was-was Kiera memberi jawapan yang dia sendiri tidak pasti. Khai ketawa girang melihat sifat gelabah Kiera apabila diberinya soalan tepung emas tadi.
“ Akak tak cuba tanya abang Kim ke?” Khai mencucuk lagi jarum halusnya.
“Ish, nak tanya apa pulak kat Abang Kim. Malu la akak nanti. Bukannya dia suka akak pun.”
Segera Kiera menekup mulutnya. Perlahan mulutnya ditampar. Adoii, macam manalah boleh terlepas cakap depan budak kecik ni pulak. Budak ni bukan boleh percaya sangat, Khai tersengih. Misi abang Kim berjaya. Hehe..
“Dah-dah.. Jangan nak menyibuk kat sini. Pergi main tempat lain. Shuh..Shuh..” Kiera menghalau Khai.
“Eleh, dah malu la tu. Akak confess je la kat abang Kim,” makin galak Khai mengusik kakaknya yang termalu. Sengaja dia mengenyit pada kakaknya. Dia tahu itu memang kelemahan Kiera.
“Eh, kau budak kecik lagi. Apa kau tahu.” Marah Kiera.
“Benda mudah macam ni pun akak tak boleh buat. Uwekk!” jelir Khai meninggalkan kakaknya yang terpinga-pinga.
Eh, budak ni! Cakap macam ada pengalaman je. Kejap.. Otaknya diimbas sekali lagi mencari-cari senario yang pernah dilihatnya suatu ketika dahulu. Hah! Ada pun. Kiera teringat.
Patutlah, Khai kan dikenali sebagai cute prince charming masa tadikanya dahulu. Ada je kawan perempuan yang dibawanya balik. Dia sendiri pun pelik melihat adiknya pada waktu itu. Lebih ramai kawan perempuan berbanding lelaki. Mulutnya pun bukan main manis.
Memang aku tak setanding dengan Khai. Mungkin sebab Khai tu lelaki jadi lebih senang untuk dia berkata begitu. Aku ni kan perempuan, tak kanlah aku yang nak kena cakap dulu. Dia tidak mahu menjadi perigi yang mencari timba.
Petang itu, Khai berlari-lari anak ke kedai Sweetie Shop. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan abang Kim. Lelah dia sebentar apabila tiba sahaja di dalam kedai. Dia mencari-cari kelibat abang Kim. Mana pulaklah abang Kim ni. Urgent ni.
Kim segera ke kaunter apabila terdengarkan loceng pada pintu utama kedai. Khai dah sampai agaknya, desis hati Kim. Mulutnya tersenyum lebar apabila jangkaannya tepat. Berita gembira ke berita buruk ya. Teka Kim.
“So, macam mana Khai? Kakak Khai cakap apa?” laju Kim menyoal.
“Lek la bang. Khai tahulah macam mana nak uruskan. Dah settle pun.” Jawab Khai.
“Jadi?” Tak sabar-sabar Kim menanti jawapan Khai yang hanya tersengih memandangnya.
“Oppss! Upah dulu. No upah no rahsia.” Khai bermain tarik tali.
“Yelah, ni macam biasa. Kalau good news abang kasi lagi satu.” Kim mengalah. Macam dia tidak biasa dengan perangai Khai. Kecil-kecil tapi pandai dalam hal-hal ni. Mengalahkan dia pula. Sudah selalu pun dia meminta pertolongan Khai kalau ianya berkaitan Kiera.
“Macam tu abang kena kasi Khai dua la sebab ni good news.”
Bersinar-sinar mata Kim apabila mendengar jawapan Khai. Misi yang diberinya beberapa hari lalu pada Khai berjaya. Kini dia tahu Kiera menyukainya. Bijak sungguh la budak ni. Adik siapalah ye. Adik Kiera jugak.
“Ok, abang nak minta tolong Khai buat satu je lagi untuk abang boleh? Nanti abang kasilah upah.”
Khai mengangguk. Dengan penuh minatnya dia mendengar perancangan abang Kim. Laju Khai bersetuju. Senang banget sih! Semua itu bisa diurus. Hati kecil Khai menjawab. Jadi indon dia gara-gara terlalu banyak melihat drama indonesia yang biasa ditonton uminya pada waktu petang.

Rosemary Kauthar~