Tuesday, March 6, 2012

Lollipops Lover 1.2



Malam itu, Kiera membelek-belek lollipop pemberian Kim. Rasa sayang pulak nak rasa lollipop ni. Comel sangat. Ah, nanti aku juga yang rugi kalau tak rasa! Manalah tau kot sedapnya lollipop tu. Sekali rasa pasti nak lagi. Aiseh, aku ni dah macam model iklan lollipop pulak!
Lembut Kiera membuka balutan plastik di sekeliling lollipop Kim. Lama matanya menatap lollipop berbentuk huruf ‘K’ yang berwarna biru muda dan merah jambu itu. Eh, macam memang special untuk aku pulak! Hati Kiera membisik perasan.
“Tak kanlah lollipop ni dibuat untuknya.” Fikir Kiera lagi. Nama budak tu Hakim. Mula dengan huruf ‘H’. Aku pula memang bermula dengan huruf ‘K’. Ah, apa-apa je la!
Lollipop itu disumbatnya masuk ke mulut dengan rakus. Uwekk!! Pelik gila kot rasa lollipop ni. Nasib baik aku tak telan lagi. Pahit, masin, masam, kelat dan macam-macam lagi rasa yang boleh membunuh taste bud aku ni ada pada lollipop Kim. Memang complete package la kan.
Lebih asam punya tunggul. Berani kau kenakan aku. Jaga kau esok. Tengoklah macam mana aku balas balik. Kiera menyinga. Rambutnya yang serabai tadi akibat belum disikat selepas mandi kelihatan bertambah kusut.
Ni semua gara-gara lollipop pemberian Kim tadi. Habis berubah wajah Kiera. Dah macam watak Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam yang pernah popular satu ketika dahulu pun ada. Cuma kali ini, tidak ada effect tambahan diberikan pada Kiera. Natural gitu.
Senyap Kiera merangka-rangka jenis bom yang ingin diguna pakainya untuk menyerang lelaki tunggul yang terlebih asam itu. Pen dan pensil diambilnya. Berbagai-bagai rancangan sudah direkanya. Tunggu masa je nak balas. Lollipop yang terlebih rasa tadi disimpannya kembali.
Pagi-pagi buta esoknya, Kiera bangun masuk ke dapur. Jam dinding ruang tamu dikilasnya sebentar ingin memastikan waktu. Awalnya, baru jam lima pagi. Kiera menguap mengantuk. Ah, tahan Kiera! Ini semua demi satu projek yang perlu djayakannya.
Kelekang! Kelekung! Kaboom! Krushh!!
Berbagai-bagai bunyi kedengaran dari dapur membuatkan umi Kiera, Puan Miasara terjaga dari tidurnya yang lena diulit mimpi indah. Entah putera manalah masuk mimpinya tadi. Opps! Tak boleh. Tak boleh. Puan Miasara dah berkahwin ye. Harap maklum.
“Entah apalah yang anak perempuan aku sorang tu buat kat dapur pagi-pagi gini?” ujar Puan Miasara perlahan, tidak mahu mengganggu tidur suaminya pula.
Puan Miasara bingkas bangun dari katilnya. Dia ingin melihat pekerjaan anak perempuannya itu. Entah betul entah tidak itu anaknya. Kiera tu kan jenis yang susah masuk dapur. Demam apa pulak budak tu awal-awal pagi dapur yang dicarinya. Hati ibu Puan Miasara bermain-main kata.
Tiba-tiba, telinga Puan Miasara menangkap bunyi hilai tawa halus. Adoii! Apa pulak tu. Meremang bulu Puan Miasara dibuatnya. Ya Allah ya tuhanku, lindungilah hambamu yang lemah tidak berdaya ini. Perlahan Puan Miasara menapak masuk ke dapur.
            Pap! Satu tepukan lembut hinggap pada bahu Kiera. Kiera menjerit kecil. Terkejut besar dia apabila disergah secara mengejut begitu. Ish, umi ni! Buat terperanjat aku je. Dadanya diusap-usap menahan debaran di dada. Mencerlung mata Puan Miasara memandang Kiera.
“Umi, kenapa pandang Kiera macam tu? Dah la lemah semangat Kiera kena sergah dengan umi tadi,” soal Kiera. Mulutnya dimuncungkan tanda protes.
“ Siapa suruh Kiera mengilai macam pontianak pagi-pagi buta macam ni buat takut umi je tau tak. Buang tebiat betul la budak ni.” Geram Puan Miasara. Ada pulak dia yang disalahkan. Mati-mati dia takut tadi. Nasib tak ada lemah jantung. Kot la terjumpa yang sebenarkan. Kiera tersengih.
“Kiera buat apa ni? Pelik umi tengok Kiera bangun seawal ni masuk ke dapur.”
“Ha!? Ah.. Tak ada apa-apa. Kiera cuma buat breakfast untuk Uncle Amru dan anak saudaranya yang datang menolong.” Ngelat Kiera. Ala, bukannya dia menipu pun. Betul la kan dia buat breakfast untuk mereka tu Cuma dia tak beritahu perancangannya pada umi je.
“ Amboi, bukan main semangat lagi! Anak saudara Uncle Amru tu mesti anak terunakan sampai Kiera beria-ia masuk ke dapur,” usik Puan Miasara. Merona muka Kiera apabila diusik uminya.
“Ish, umi ni! Mana ada. Tak hingin Kiera. Orang muda lagi la untuk benda-benda tu semua.”
Puan Miasara terkekeh-kekeh mengetawakan Kiera. Iyalah tu. Sekarang memanglah cakap macam tu tapi nanti lain pula ayatnya. Dia berlalu pergi. Dibiarkan sahaja anaknya itu dengan urusannya. Kiera dah besar panjang untuk fikir baik dan buruk walaupun perangai anaknya itu masih kebudak-budakkan.
Kiera menarik nafas lega apabila uminya beredar daripada terus memantaunya ibarat polis peronda. Makanan yang sudah disiapkannya itu dimasukkan ke dalam bekas makanan tiga tingkat. Satu bekas makanan yang lain disimpannya berasingan. Didalamnya, satu hidangan istimewa telah tersedia menanti untuk dimakan Kim.
Tepat jam sembilan, Kiera bergerak ke kedai Sweetie Shop yang hanya mengambil masa lima belas minit dari rumahnya. Lama Kiera terpacak berdiri di hadapan kedai Sweetie Shop itu. Risau juga andai rancangannya tidak berjaya dilaksanakan.
Kiera menarik nafas sedalam yang boleh sebelum melangkah masuk ke kedai Sweetie Shop. Matanya mencari-cari kelibat Uncle Amru kesayangannya. Alayai, manalah pulak uncle ni menyorok!
“Assalamualaikum!! Uncle, Kiera datang bawakan breakfast ni!” laung Kiera.
Laju Uncle Amru menyambut Kiera apabila telinganya tadi terdengarkan perkataan ‘breakfast’. Mukanya dimaniskan sehabis mungkin. Matanya sudah tertancap pada bekas makanan di tangan Kiera. Macam faham-faham, sengaja Kiera menayang bekas makanan tingkatnya di hadapan Uncle Amru.
“Laju je Uncle ni kalau bab makan. Ajaklah Kim sekali. Kiera nak ucap terima kasih untuk lollipop special dia hari tu”
“Alah, biarkan je budak tu. Nanti dia terhidu bau makanan confirm laju dia ada depan Kiera,” usik Uncle Amru sambil matanya dikenyitkan.
“ Jom ikut Uncle ke secret garden Uncle.”
Hah? Uncle Amru ada taman rahsia? Wowweett~ Power tu. Dah macam cerita orang-orang putih pulak. Eh, silap la! Cerita korea lah. Kiera menggeleng menidakkan bayangan-bayangan pelik yang menerjah ruang mindanya. Suka sangat mengarut budak ni.
“Hah! Kiera duduk dulu sini. Uncle pergi ambil pinggan kejap. Nanti Kim uncle tolong panggilkan sekali.”
Kiera mengangguk senyum membiarkan Uncle Kim pergi. Matanya takjub melihat taman yang indah macam di alam fantasi. Bekas makanan tingkatnya diletakkan pada meja taman. Bunga matahari kegemarannya pun ada pada taman Uncle Amru.
“Subhanallah, cantiknya.” Perlahan Kiera mngucapkan kesyukuran kerana diberi kesempatan melihat kecantikan ciptaan tuhannya. Pandai juga Uncle Amru ni menghias taman. Puji Kiera.
Sementara itu, Kim yang terhidu bau makanan dari taman belakang segera bergerak ke situ. Saat itu, matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang leka memerhati keindahan taman pakciknya. Lama mata Kim memandang Kiera.
Matanya ditenyeh lembut. Betul ke ni? Macam mimpi terbang ke syurga pula. Kim tersedar. Segera dia beristighfar dijauhkan dari godaan syaitan. Ehem.. Ehem.. Kim berdehem sekadar untuk menarik perhatian Kiera. Bukannya dia sakit tekak pun.
“Hai.” Sepatah Kim menyapa Kiera. Malu sebenarnya.
“ Ha! Sini pun kau Kim.” Sergah Uncle Amru secara tiba-tiba. Kiera menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu berpura-pura baik di hadapan Kim.
“Tengok ni Kiera. Uncle dah kata Kim mesti datang punya kalau terhidu bau makanan.”
Kiera ketawa mendengar usikan Uncle Kim. Merah sudah muka Kim apabila diusik pakciknya. Uncle Am ni buat jatuh saham Kim je. Kali ini Kim menarik muncung musangnya panjang. Ceria mereka bertiga pagi itu.
Usai mencekik makanan dengan penuh seleranya, mereka terbaring pada rumput karpet yang terdapat di halaman Uncle Amru. Segera Kiera mengeluarkan dessert yang disediakannya pagi tadi. Hehe.. Payback time!
            “Kim, you kena habiskan lagi satu makanan yang I buat pagi tadi.” Tangan Kiera membuka bekas makanan yang disoroknya tadi.
Pelik Kim memandang Kiera. Ada lagi tapi untuk dirinya? Biar betul. Melihatkan rupa dessert yang menarik itu, segera Kim mengambil bekas makanan yang dihulurkan Kiera. Uncle Amru buat-buat tak nampak. Hal orang muda, fikirnya.
Baru sikit dessert itu dimasukkan ke mulutnya, Kim sudah menjerit. Uwekk!! Tak sedap. Dessert jenis apa ni? Segera dia memandang Kiera yang sudah tersengih-sengih menahan ketawanya. Uncle Amru yang terkejut dengan reaksi Kim turut memandang Kiera dengan penuh tanda tanya.
“You!” geram Kim.
“Hehe.. Sedap tak lollipop yang you kasi kat I semalam?” perli Kiera. Rancangannya berjaya.
Sekali lagi Kim memandang dessert yang ditangannya. Dia termakan lollipop specialnya sendiri? Aduss, terkena balik! Lidahnya kelu untuk menjawab. Memang salahnya juga kerana memberi Kiera spesimen lollipopnya yang gagal.
“ Hahaha.. Terbaik la Kiera!” berdekah Uncle Amru mengetawakan Kim yang sudah terkebil-kebil macam mahu menangis akibat dimalukan sebegitu. Tak ada simpati betul la Uncle Amru ni. Patut la tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang.
“ Hei, I’m sorry ok! Kita kira kosong-kosong. Masing-masing dah dapat revenge kan,” pujuk Kiera. Dia tak mahu nanti dia rasa bersalah seumur hidupnya. Itu bukan ajaran umi abahnya. Lagipun, nak diharapkan Uncle Amru jadi tukang pujuk memang sampai mati la fail.
“Ok, fine. I pun salah jugak. Kosong-kosong.” Kim termakan pujukan Kiera.
Kedua-dua mereka tersenyum. Uncle Amru senyap memberi mereka masa untuk saling lebih mengenali. Dia tahu bagaimana mahu menangani hati muda mereka. Semuanya sudah ada dalam perkiraannya tadi. Bukannya dia tak ada pengalaman bercinta sebab dia pernah ada cinta manisnya tersendiri pada satu ketika dahulu. Matanya dipejam rapat, mengantuk.
___