Monday, August 9, 2010

Aku Bakal Designer - Chapter 2.1 -

Kringg!!!!!!!
Argh!Alamak!aku dah lambat ni.Isy,menyesal pula tidur lambat semalam.Baju tak
bergosok,buku belum dikelaskan lagi.Tenang Maria,'Do it fast,I know you can'.

"Maria!Cepatlah,kita dah lambat ni.Dah hampir pukul 7.00 pagi.Nanti sesak la,"jerit abah dari bawah.
"Yela,akak.Cepatlah sikit nanti adik lewat la.Orang dah kejut tapi dia yang tak nak bangun,"
bebel adik.
"Ish,bising la kau ni.Aku nak turun la ni.Membebel macam nenek tua je,"geram aku
membalas bebelan adik sambil bergegas ke kereta.

Ibu dan ayahku sekadar menggeleng melihat telatah kami berdua.Buat pengetahuan semua,
aku hanya ada seorang adik,Melissa.Dialah satu-satunya adik aku yang suka membebel dan
cerewet tetapi aku tahu di sebalik bebelannya itu ada hikmahnya.Ringkas kata,aku sayang
adik aku tapi ini rahsia kita tahu.

Fuhh,nasib baik sempat lepas.Tak perlu aku jumpa dengan pengawas yang fikir bagus tu.
Cikgu pun baru dalam perjalanan.Sempat agaknya aku pintas Cikgu Linda.Harap-haraplah
Alissa tak marah sebab aku terlambat hari ini.Dia pun sama macam adik aku.

"Aduh!Siapa pula yang aku langgar ni?Orang dah lambat ni.",aku mengomel perlahan sambil mendongak melihat gerangan orang yang dilanggar.

"Lambat datang hari ini.",sapa Amier.Seorang budak lelaki dari kelas 5 Bintang yang mempunyai ketinggian lebih kurang 170cm.Mempunyai rupa yang iras-iras orang cina dan berkulit kuning langsat.

"Ish,sibuk lah kau ni.Tepi la sikit.Orang nak masuk.Tak nampak ke cikgu Linda kat sana?",aku menolak amier dengan buku yang aku pegang lalu bergegas masuk menghadap Alissa yang kelihatan agak sedikit muram.Aku memandang sepintas lalu kepada Amier yang hanya tersengih mengusik aku.

" Suka la tu.Dah la lewat,jumpa buah hati tersayang pula kat kelas.Untungnya kau, dapat boyfriend hensem,popular pula tu.Bila pula aku nak dapat orang sehensem dia?",usik Alissa yang kelihatan cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.Aku mencebik.

"Huh,merepeklah kau ni!Bila pula mamat tu jadi boyfriend aku?Tak kuasa aku nak minat dengan mamat tu.Kau boleh ambil dia kalau kau nak.Anyway,kau ok tak?You look a bit pale darling.",aku menanya Alissa dengan penuh prihatin.Itulah aku.Minah Inggeris berbangsa Melayu.Aku sangat berterima kasih pada abahku kerana dia yang menyebabkan aku berjaya menguasai Bahasa Inggeris iaitu subjek yang kurang diminati rakan-rakan sekelasku.

Alissa memandang ku sambil menguntum senyuman paksa.Belum sempat aku bertanya lebih lanjut Cikgu Linda telah menapak masuk ke dalam kelas sambil membawa rotan kesayangannya dan buku-buku latihan Sejarah kami.

To be continue~