Monday, August 9, 2010

Aku Bakal Designer - Chapter 1 -

"eh,cantiklah lukisan awak!Bolehlah awak buat baju untuk saya nanti.Hahaha",Alissa
"Ya ke?Biasa je aku tengok.Em,tak apalah..InsyaAllah kalau diberi kesempatan aku cuba design
baju pengantin untuk kau.Jangan pakai design lain tau.Hehe",Maria.

Bermula dari saat itu,aku yang juga dinamakan Maria binti Abdul Jalil oleh ibu bapaku yang
tersayang telah membina satu cita-cita untuk menjadi pereka fesyen yang terkenal di persada
Malaysia.Opps!bukan di Malaysia sahaja tetapi juga di dunia.Ya,aku tahu aku mempunyai cita-
cita yang sungguh besar.Aku sendiri terkadang seakan lupa sama ada ianya cita-citaku ataupun
hanya angan-angan gadis remaja seperti diriku ini.

Namun,banyak halangan yang perlu ku tempuhi untuk mencapai cita-citaku.Halangan pertama,tiadanya sokongan daripada ibu bapaku yang tidak nampak prospek kerjaya bagi bidang ini.Selain itu,mereka juga risau aku akan menganggur jika memilih kerjaya ini kerana ia melibatkanmasa depanku.Ayahku ingin aku bekerja satu syarikat dengannya kerana ia akan memudahkannya untuk memerhatikanku selain kemudahan yang disediakan oleh syarikat
seperti tanggungan kos perubatan,kenderaan,tempat tinggal dan lain-lain lagi.Ibuku juga
seakan menyokong ayahku.Dia merasakan adalah lebih baik aku memilih bidang
perkomputeran memandangkan aku boleh dikatakan mahir dalam bidang ini.

Halangan kedua,aku merupakan seorang anak yang taat yang pastinya akan mengikut cakap kedua ibu bapaku.Oh,tidak!Terbanglah cita-citaku ingin menjadi pereka fashion.Hm,perlu ke aku menurut kata kedua ibu bapaku buat kali ini?Parah,parah.Hal ni berkaitan dengan masa
depanku.Sebelum ni memang aku mengalah dengan hanya mengikut kata kedua ibu bapaku
untuk memilih bidang perkomputeran tetapi aku semakin keliru sekarang.Alamak!SPM dah
dekat.Aku rasa macam tak bersedia pula.Hm,sabar Maria.'You have to be strong girl' kau boleh
buat.Fokus SPM dahulu kemudiankan pilihan kerjaya.Aku memilih dan merancang tetapi
tuhan yang menentukan.

Arrgh!jangan dilayan sangat perasaan tu,Maria.Kau akan terluka bila sentiasa
memikirkannya.Kau bakal emah semangat dan hilang daya tumpuan.Hish,masa-masa
macam ni la aku perlukan kau Alissa.Kau lah kawanku dunia akhirat,kaulah peneman suka
dan duka ku.Alahai,cik Maria ni bermain kata pula malam-malam buta ni.Dah la,lebih baik
aku tidur.Esok sekolah nanti lambat pula bangun.