Wednesday, October 19, 2011

Nikmat Dunia? Bersyukur je la..

Kenapa perlu untuk kita bermesej-mesej andai kita belum mempunyai ikatan?
Untuk apa kenalan kita yang belum tentu dapat dibawa hingga ke alam perkahwinan?
Mengapa mesti kita biarkan diri kita ditipu dan diperdaya keseronokan dunia?
Adakah dia memang pilihan hati kita?
Tidak takutkah kita dengan dosa yang mulai menimbun?
Apa yang seronoknya di dunia jika akhirat dipenuhi sengsara?
Panjang sangatkah hayat kita?
Sudah ada jaminan syurga ke?

Banyak persoalan yang bermain di minda ini memikirkan jawapan untuk soalan2 yang masih banyak tidak terjawab. Andai hidup ini hanya pinjaman,apa bayaran kita untuk nyawa yang dipinjamkan ini? Berapa juta,billion yang dapat kita berikan untuk nikmat udara,makan dan minum serta jutaan nikmat lain yang tidak terkira?

SubhanAllah..Apabila kita fikirkan itu semua,timbul rasa takjub kepada Allah yang tidak pernah memilih kepada siapa untuk diberikan nikmatnya. Jangan kita fikir Allah tidak adil apabila kita ditakdirkan hidup miskin sedangkan nikmat udara serta nyawa ini pun belum mampu untuk kita sampaikan rasa syukur. Jangan pula kita merasakan bahawa kita sudah cukup kaya sedangkan harta itu begitu mudah muncul dan hilangnya.

Pernahkah kita memikirkan hikmah di sebalik sesuatu kejadian? Andai diberikan kesakitan,pernahkah kita terfikir bahawa dengan kesakitan kita diberi kesempatan untuk mengingati Allah malah mendekatkan diri kepadaNya sedangkan kita pernah lalai ketika sihat. Dikurniakan pula perhatian dan kasih sayang untuk kita dari orang sekeliling yang Allah ciptakan untuk menemani kita di dunia. Rezeki (buah tangan) pun datang dengan melimpah ruah..hihi..syukur..syukur..Alhamdulillah :)

Andai diberikan kesulitan hidup,pernahkah kita terfikir bahawa Allah ingin mengelakkan kita dari lalai kepadaNya? Cuba bayangkan,andai kita diberi kehidupan yang mewah, Adakah kita akan membelanjakan harta tersebut ke jalan Allah atau dihabiskan ke jalan lain? Mungkin saat itu,kita sendiri semakin jauh dari Allah kerana dibelai kekayaan dunia. Timbul sifat2 mazmumah dalam diri seperti riak, bangga diri, takabbur, memandang rendah dan berbagai lagi. Oleh itu, janganlah kita terlampau kejarkan kekayaan dunia. Cukuplah sekadar mengisi keperluan hidup. Biar hidup bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang as long rezeki yang kita perolehi itu halal.

Sebenarnya,masih panjang kata2 yang ingin ku isi di halaman ini namun cukuplah sekadar di sini ye. Risau juga andai ada yang terasa kebosanan mahupun pening membaca ayatku ini :)

 Salah ukhuwwah dariku,