Saturday, October 15, 2011

Mainan Kata Ingati Tuhan

Aku hanyalah seorang manusia, hamba Allah yang lemah..
Alimku tidak bermakna wara'
Kelemah lembutanku tidak bermakna mudah untuk diperkotak katikkan
Tundukku hanyalah menjaga pandangan kerana kekhuatiranku saat bertemu Allah..
Senyapku bukan bermakna setuju tetapi akal fikirku laju menimbang keputusan..
Kecantikan bukanlah abadi kerana suatu hari nanti 
akan luput jua kecantikan yang bukan milikku..

Cintaku bukan alatan
bukan jua barang mainan
Harganya tinggi tdak ternilai
bukan boleh dibeli wang dunia
Hanya kepada yang satu aku berikan cinta
Cinta abadi yang kekal selamanya..

Umur yang panjang hanya akan menjadi sia-sia jika dilupakan tanggungjawabmu..
Wang dunia melimpah sekalipun bukan jaminan kesenangan abadi apabila masih ada yang memerlukan
Kesihatan yang baik bukan selamanya jika kita tidak pernah mensyukuri
Kecantikan paras bukan ukuran jika peribadimu buruk dipandang
bekalkanlah diri dengan amalan dan agamu sebagai pembenteng api neraka
Kotakanlah janji-janji kita sebelum dilahirkan ke dunia kepada Allah 
sebelum kita menuturkan janji yang lain..