Thursday, December 30, 2010

ERIN

Aduh,sakitnya kaki aku.Kenapa boleh ada lubang pula di sini?Maisya!Maisya!Aku di sini la.Maria melambai-lambai tangannya ke arah Maisya yang berlegar-legar di sekitar kawasan itu sambil memanggil nama Maria.Eh,dia tidak nampak aku ke?Aku depan kau la Maisya.Maria masih tidak berputus asa memanggil kawannya itu.Namun,usahanya sia-sia.Maisya beredar setelah gagal mencari Maria yang tidak dapat dilihatnya.
            Maria mengeluh sebaik melihat sahabatnya beredar seolah-olah dia tidak wujud di situ.Semua itu bermula apabila dia terdengar suatu suara meminta tolong.Dia mencari punca suara yang didengarinya.Tanpa disedari,dia terjatuh dan pengsan seketika di dalam sebuah lubang yang gelap dan dalam itu.Dia hanya berjaya keluar setelah beberapa kali mengalami kegagalan memanjat lubang yang curam itu.Dia melepaskan lelahnya dengan berehat di akar banir pokok meranti tembaga.Saat itu,air matanya mula bertakung di kelopak matanya.Dia mula teringat akan kekasarannya terhadap ibunya yang melarang pemergiannya ke hutan simpan Pahang bersama rakan-rakannya.Suatu perasaan kesal menyusup masuk di dalam jiwa sanubarinya.Dia akui,sebagai remaja yang masih dalam proses pematangan perasaannya sentiasa berbolak-balik dan ingin memberontak.Mahupun begitu,dia tidak menyangka nasibnya akan menjadi begini setelah mengingkari arahan ibunya.
            Tiba-tiba,semak di hadapannya bergerak-gerak seolah-olah ada sesuatu di situ.Tangisan Maria terhenti.Pandangannya di arahkan pada semak di hadapannya itu.Anak-anak peluh mulai membasahi badannya.Badannya terasa seram sejuk apabila berseorangan begitu di dalam hutan yang luas.Teringat dia kepada cerita-cerita kawan lelakinya di sekolah.Pelbagai bayangan yang tidak enak meluru masuk laju ke dalam otaknya.Ya Allah ya Tuhanku,selamatkanlah hambamu yang lemah ini.Maria berdoa.Segala ayat Al-Quran yang terlintas di benaknya dibacanya kuat.
            Tiada lagi pergerakan.Suasana menjadi teramat sunyi.Maria sendiri hilang kata bahkan dadanya terasa sesak dengan situasi sebegitu.Seorang budak perempuan yang comel keluar dari tempat persembunyiannya.Maria tersentak.Matanya memerhati kaki budak perempuan itu.Argh!Bajunya terlalu labuh sehingga menutupi kakinya.Macam mana aku mahu tahu budak itu manusia mahupun tidak.Maria masih merenung budak itu sebagai langkah berjaga-jaga.
            Perlahan,budak itu cuba menghampiri Maria.Semakin dekat budak itu dengan Maria semakin laju Maria berundur ke belakang.Budak itu cuba meyakinkan Maria bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membahayakannya.Satu ranting halus dicapai budak itu.Dia cuba menulis untuk ditunjukkan kepada Maria apa yang ingin disampaikannya.
continue~
Hope korg brpuas hati..Pls leave coment lps baca >_<