Friday, September 6, 2013

Sekadar menasihati duhai Artis

Actually I'm quite sad of the fact that seorang artis which has almost the same name as mine make a terrible things. Well, for me.. Artis means memberi contoh kepada masyarakat since mereka yang akan terpampang di televisyen Malaysia. Ramai orang akan mengenali mereka. Malahan, mungkin memberi contoh ikutan yang tidak baik kepada yang melihat.

Mungkin mudah untuk si dia mengatakan, "dah yang mereka sendiri pergi bangang tengok video bangang tu kenapa?" tapi tak tau ke oleh si artis ni bahawa mungkin ade orang yang admire lakonan dia dalam 'Biar mimpi sampai ke bintang' lalu mencari video berkenaanya di youtube dan terlihat perkara tersebut. Agak menyedihkan dengan realiti artis tempatan.


Bukan nak mengutuk tapi ingin saling menasihati. Perangai gila ada hadnya apabila ia berkaitan agama. Tak kata kita ini dijamin masuk ke syurga tapi ingin memperingati agar kita dapat berjalan bersama ke syurga. Nama Sharifah Sakinah itu sendiri indah bahkan Sakinah memberi maksud ketenangan. Setiap orang ada kegilaan mereka sendiri. Saya hormat itu namun ingin saya tegaskan "ALLAH MAHA PENGAMPUN" dan semoga si dia ini mendapat hidayah. -Doa dari seseorang yang mempunyai nama yang sama-



p/s: Peringatan juga buat duhai si penasihat/pendakwah. kata-kata yang hendak disampaikan perlulah berhemah bukan sehingga mencalar hati dan keegoan manusia kerana syaitan dan nafsu pandai bermain dengan kelemahan dan kemarahan kita sebagai manusia. Kata itu ibarat pedang yang tajam, contohilah sikap rasulullah dalam menasihati. Walau sekeras mana hati manusia, seandainya dibukakan Allah pintu hidayah maka cairlah jua hati itu :)