Sunday, June 9, 2013

Global March to Jerusalem (GJM)

Bertempat di dataran kemerdekaan Shah Alam pada 7 Jun lalu, beberapa NGO Malaysia telah bersama-sama menjayakan GJM dan para hadirin telah dijemput datang untuk bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap Palestine. Acara ini bukan sahaja diadakan di Malaysia tetapi juga di negara Islam yang lain.
Aktiviti ini telah dihadiri artis tempatan, flashmobers,syabab palestie dan penyair tempatan bermula dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.



Terdapat juga jualan-jualan amal untuk menyelamatkan Palestine dan gerakan wanita Palestine yang digelar Rose to Rose (R2R) yang melakukan jualan bunga rose yang telah dibuat sendiri oleh wanita-wanita Palestine disana. Namu begitu, terdapat satu persembahan tradisioal yang betul-betul menarik hatiku ketika menyertai aktiviti ini iaitu dabke dance dari syabab Palestine.

Dabke Dance merupakan tarian tradisional yang terkenal di kalangan negara-negara arab seperti Palestine, Lebanon,Syria dan lain-lain. Pergerakan kaki dan kesatuan ahli kumpulan merupakan teras kepada tarian ini.  Malahan, tenaga yang ditunjukkan ketika persembahan ini berjaya menarik minat penonton. Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal untuk latar muzik namun persembahan itu tetap berjaya dilakukan kerana para penonton sendiri memberi sokongan.

Di sini saya sertakan contoh dabke dance ini. Maaf tak dapat tunjukkan persembahan sebenar pada malam itu kerana ketiadaan kamera untuk mengambil video : D Walaupun video nya tidak seberapa jelas namun ia hanya sebagai gambaran bagaimana Dabke Dance ini.


p/s: lagi seronok apabila dapat melihat tarian ini sendiri. Memang boleh ternganga mulut bila tengok. kaki pula rasa macam nak ikut bergerak sekali..haha

Wednesday, January 9, 2013

Dunia Penulisan Di Mataku

Hari ini, Rose sengaje buat entry. Setelah sekian lama meninggalkan blog, rasa macam terpanggil pula ingin menulis.. Almaklumklah..dunia penulisan adalah dunia yang Rose rasa indah seandainya kita tahu cara untuk menggunakannya..

Biar tatabahasa semua lari. Biar bukan bahasa baku yang kita gunakan janji kita dapat meluahkan apa yang dirasa. Keluarkan segala isi hati, pendapat, cadangan dan komen yang terpendam menjadi jeruk di otak. Rose sendiri bukan pandai sangat dalam bab menulis ni..tak konsisten..hehe

Sebaliknya Rose rasa seronok bila bermain dengan kata-kata yang melambangkan siapa diri Rose. Kata-kata yang mampu membangkitkan kembali daya imaginasi Rose yang kadangkala terkubur begitu sahaja. Cuba lihat. Dalam sekejapan, ayat Rose sudah bertukar seolah Rose di dalam dunia novel, dunia penuh khayalan.

Mainan kata boleh menjadi bahaya, pedas namun ia juga boleh menjadi pengubat, suatu kata yang manis yang mampu membuat kita tersenyum. Secara tiba-tiba sahaja dunia ini akan menjadi indah. Secara jujurnya, Rose suka menulis. Beban perasaan, kesedihan yang terbuku..sentiasa terlepas begitu sahaja dengan menulis.  Terasa seakan ajaib pula kan.

Rose ade cuba menulis sebuah cerita pendek. Inspirasi yang datang dari novel-novel thriller Ramlee Awang Mursyid yang berjaya membawa Rose ke dunia fantasi, menghayati jalan cerita sepenuh hati. Walaupun apa yang Rose tulis tidak sama isi nya dengan beliau yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan, namun serba sedikit Rose berjaya menggunakan cara penulisan beliau yang teliti.

Rose meminta sedikit pendapat kawan-kawan Rose mengenainya. Mereka tertarik dan setuju mengatakan bahawa ada unsur seram di dalam cerita tersebut walhal apa yang Rose cuba sampaikan akhirnya akan menggugat bayangan makhluk yang mereka cuba bayangkan itu. Dan kesudahannya sendiri akan membuatkan mereka tergelak sendiri. (Tak sabar pula nak siapkan)

Alamak! Terpanjang pula entry kali ni. Ok la. Sampai di sini sahaja kita berjumpa. InsyaAllah apabila tangan semakin gatal untuk menulis, hati semakin berkobar-kobar nak menulis, I will be here again. Sekian sahaja, Assalamualaikum dan selamat sejahtera.                                            -Rosemary Kauthar-

Monday, January 7, 2013

-Self-Reflection-

This few days, I have felt this uneasiness, this tight feeling lingering my heart.
As thought it is telling me,

"Girl, do you remember your true responsibilities?"
"Do you acknowledge your negligent?"
"What have you done to prove your loyalty?"
"Are you really a good muslimah or it just an image for the public? A good image."

The last question struck me with thousands of guilt. Is the answer is TRUE or NOT TRUE?
My heart, my mouth, my mind are silenced from answering it. Normally, they would
always have an excuse answer lead by the syaitan but that day, none give any answer.

As I am dumbstruck  by the question, my heart gave a melancholy cry of realization.
What have I been doing this few months, hours, minutes? My poor soul had starve for quite a time. Waiting for me to feed them the grand word, the zikrullah, the praise to ONE and ONLY god, 'ALLAH'. Yes, the ONE and ONLY, where our soul would one day return to.

Alhamdullillah, praise to Allah heartedly.. He gives me intellectual to think. He gives me feeling to feel His presence, to give my heart to. And most importantly, He showed me the right way, 'hidayah'. He created it knowing what is the best for me. Even in a hard time or an easy time. He always be there for me. Even when I feel alone, my consciousness know that He has always been watching me. Thank you Allah the most Merciful and Justice.


Wednesday, December 26, 2012

Re3 - Reuse,Reduce, Recycle

I'm back here writing again..
Sorry cause my next post is about recycling and not about my trip to Pakistan..
Well, I'm stuck with this recycle poster now.. Too bad that my friends keep on hoping for me to finish theirs.. No way! I'm not gonna let them do their ways.. I will only help with the sketch and design..They need to do the colors :p


well..I'm gonna put that trademark in the poster i guess.. Daa~ too many works left on  holiday..huhu..
Fighting Rose!! u can do it.. Finish it tonight n let them color tomorrow.. Friday, time to pass it up ^^

p/s: Although I'm still a bit blurry on how should i design it..hahaha..gonna take that challenge if i want to be a designer in the future <3 p="p">

                                                                                              Peace from me, Rose ~

Wednesday, September 12, 2012

Kosmo! Online - Negara

klik link = Kosmo! Online - Negara

Maut Angkara Cinta Ditolak

Pada hari selasa, jam 5.15 pagi, 11 sept 2012 yg lalu..Kyn terkejut apabila tiba-tiba dikejutkan rakan sebilik agar memakai tudung atas arahan warden Lan. Mula-mula tu gelabah la jugak cari mana jubah ni, takkan nak tayang boxer kat warden pulak..Tapi tindakan kyn tu ditegah rakan sebilik. Rupa-rupanya, kami diminta agar menjenguk ke bawah melalui beranda tingkat 17.

Kelihatan warden Lan bersama 2 orang pengawal keselamatan dan juga seorang lelaki menunjuk-nunjuk ke arah kami. Apa yang dibualkan memang tidak kedengaran. Maklumlah, ground floor dengan 17 floor teramat lah jauh. Namun, rakan sebilik yang sedari tadi mendengar arahan warden Lan melalui telefon terduduk menggeletar. Pelik juga kyn apabila melihatkan keadaannya. Apabila ditanya, tiada sepatah pun yg mampu diberikan sebagai jawapan. Akhirnya, dia memberitahu bahawa warden Lan mahu datang ke rumah.

Terkejut, gelabah, cuak,risau, takut semua berkumpul dalam diri kyn.. Gila ke nak datang pagi-pagi buta begitu. Ada kes besar ke? Apa lagilah bala yang nak datang ni? Kentang putar tak siap lagi.. Kena sedia fizikal mental untuk masterchef kolej lagi. Tanpa berfikir panjang, kyn meluru masuk ke bilik untuk mencari jubah bagi disarung menutup segala aurat. Sedang menggelabah menyarung jubah, loceng yang ditekan dari luar berbunyi kuat. Alamak! warden Lan dah datang. kami berdua gelabah. Kyn meminta rakan tersebut membuka pintu sementara Kyn menyarung jubah sepenuhnya. Ketua rumah kyn yang sedang nyenyak tidur kyn kejut.

Warden Lan masuk dengan rupa gelisah,risau dan geram. Nada suaranya dikawal menyoal kami sebab-sebab tidak membuka pintu jam 4 pagi tadi. Hampir sejam mereka cuba untuk menghubungi ahli rumah kami namun gagal. Hampir pecah pintu diketuk ditendangnya. berpuluh miss call di dail namun tidak berjawab. Pihak polis wanita yang turut sama ketika itu juga bingung. Kenapa kami tidak memberikan kerjasama?

Sedaya upaya kyn dan ahli-ahli rumah yang lain memberikan keterangan yang sebenarnya. Kami semua tidak sedar atau terdengar apa-apa bunyi pun ketika itu. Kebetulan kami semua letih, penat dan mengantuk lalu tertidur dengan nyenyaknya. Warden Lan ragu-ragu dengan kenyataan kami. Keadaan ini terlalu kebetulan untuk tiada seorang pun mendengar loceng yang ditekan berkali-kali.

Setelah selesai segala urusan dengan Warden lan, kami meneruskan aktiviti kebiasaan kami pada waktu pagi. Ada yang bersiap untuk ke kolej dan ada yang masih seronok memberi pelbagai andaian dan kemungkinan tentang kes yang terjadi pada pagi itu (sila rujuk berita kosmo!) selang beberapa minit kemudian, kami dipanggil turun untuk memberi keterangan kepada pihak polis. Alhamdulillah mereka melayan kami dengan baik dan mereka menerangkan serba sedikit kejadian sebenar yang berlaku.

Sempat juga kyn dan kawan cuba bertanyakan budak-budak dari kolej lain andai mereka mendengar berita mahupun mengenali mangsa namun semuanya memberikan jawapan yang negatif. Alhamdulillah, melalui  kejadian ini kyn memperoleh satu lagi kawan yang baru^^

Pada hari keesokannya (rabu, 12 sept 2012) kejadian malang yang menimpa gadis itu sudah diterbitkan oleh surat khabar kosmo!

                  -The End of The Long Story-