Bertempat di dataran kemerdekaan Shah Alam pada 7 Jun lalu, beberapa NGO Malaysia telah bersama-sama menjayakan GJM dan para hadirin telah dijemput datang untuk bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap Palestine. Acara ini bukan sahaja diadakan di Malaysia tetapi juga di negara Islam yang lain.
Aktiviti ini telah dihadiri artis tempatan, flashmobers,syabab palestie dan penyair tempatan bermula dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.
Terdapat juga jualan-jualan amal untuk menyelamatkan Palestine dan gerakan wanita Palestine yang digelar Rose to Rose (R2R) yang melakukan jualan bunga rose yang telah dibuat sendiri oleh wanita-wanita Palestine disana. Namu begitu, terdapat satu persembahan tradisioal yang betul-betul menarik hatiku ketika menyertai aktiviti ini iaitu dabke dance dari syabab Palestine.
Dabke Dance merupakan tarian tradisional yang terkenal di kalangan negara-negara arab seperti Palestine, Lebanon,Syria dan lain-lain. Pergerakan kaki dan kesatuan ahli kumpulan merupakan teras kepada tarian ini. Malahan, tenaga yang ditunjukkan ketika persembahan ini berjaya menarik minat penonton. Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal untuk latar muzik namun persembahan itu tetap berjaya dilakukan kerana para penonton sendiri memberi sokongan.
Di sini saya sertakan contoh dabke dance ini. Maaf tak dapat tunjukkan persembahan sebenar pada malam itu kerana ketiadaan kamera untuk mengambil video : D Walaupun video nya tidak seberapa jelas namun ia hanya sebagai gambaran bagaimana Dabke Dance ini.
p/s: lagi seronok apabila dapat melihat tarian ini sendiri. Memang boleh ternganga mulut bila tengok. kaki pula rasa macam nak ikut bergerak sekali..haha