Showing posts with label ingat. Show all posts
Showing posts with label ingat. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Sayangku Kerana Allah

Bukan mudah untuk membuatkan seseorang itu memahami kehendak kita yang inginkan perhubungan yang direstui Allah. Namun, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Walaupun bisikan syaitan sentiasa melemahkan hati kita tetapi kerana cintaku adalah lebih kuat kerana Allah maka aku tetap mengambil keputusan yang sukar.

Jika seseorang itu benar-benar menyayangi kita kerana Allah maka dia akan redha jua dengan apa pun keputusan kita. Dia akan cuba belajar untuk menambahkan rasa cintanya kepada Allah melebihi cintanya kepada kita. Dia tidak akan mudah bersedih apabila ditolak kerana dia tahu sesungguhnya Allah akan sentiasa berada di sisinya tidak kira badai gelora yang melanda. Sesungguhnya, Allah adalah kekuatan yang mampu menaikkan kembali semangat kita.

Nafsu dan syaitan akan sentiasa disamping kita sehingga saat nyawa berada di penghujungnya. Ingatlah kita akan janji yang dilafazkan syaitan untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad dengan apa cara sekalipun sehingga berakhirlah hayat seorang hamba Allah. Bisikan-bisikan halusnya berupa godaan duniawi yang memberi keseronokan sementara malah menjauhkan kita dari Maha Esa. Gelojak hati yang kekadang meminta dipenuhi permintaan syaitan yang bermain di sebalik keresahan hati manusia menjadi senjata utama Sang MUSUH.

Awaslah wahai hamba Allah sekalian! Keinginan bermain mesej bersama jantina lain memang ada tetapi beringatlah kita dan takutlah kita kepada Tuhan Pencipta Alam. Setiap ayat dan tutur kita walaupun hanya di dalam mesej diperhatikanNya. Waspadalah kita dengan mainan ayat berunsur bunga-bunga halus untuk menggoda hati kita menjauhi Allah. Berdoalah agar sentiasa dijauhkan dari tipu daya syaitan yang berbagai.

Seandainya si dia berkeras ingin berkenalan. Mintalah dilakukan dengan cara halal. Jauhilah zina hati yang sukar untuk dikesan. Bermesejlah hanya demi perkara penting mahupun perihal agama. Bukankah lebih seronok jika kita mengenali seseorang itu setelah saat dijabkabulkan selesai? Bukankah lebih baik apabila kita berkenalan dengan reda Allah dan kedua orang tua? Ingatlah kita terhadap cita-cita dan impian kita yang belum terlaksana sebelum membalas rayuan manis si dia.. Tanamkan rasa takut kepada Allah yang memerhati setiap gerak geri kita disamping mencintaiNya. Beringatlah bahawa terdapatnya malaikat di kiri kanan kita yang sentiasa mencatat amalan kita.


Jazakillah buat pembaca..Sekian sahaja coretanku pada hari ini. Walaupun isinya tidak secara terus tetapi cukuplah sekadar ingatan dan nasihat ikhlas dariku :)


Friday, October 14, 2011

Sekadar renungan bersama

Kenapa begitu mudah untuk menuturkan kata madah pujangga penuh dengan bunga?
Mengapa tidak pernah engkau terfikirkan tuhan yang Maha Agung sedang memerhati
perilaku kita yang dirai syaitan ?
Pernahkah engkau terfikir dosa-dosa kecil yang melekat di hati kita dan
menjadi semakin besar setelah sekian lama?
Tidakkah engkau takut akan seksa neraka dengan api yang merah menyala kesukaan
menanti kita di akhirat kelak?
Janganlah engkau turuti keseronokan dunia andai engkau masih tidak pasti kesengsaraan
akhirat kelak.
Ingatkanlah drimu dengan setiap apa yang engkau lakukan.
Ikhlaskan dirimu kerana Allah walau apa pun jua yang engkau kerjakan.
Seandainya benar engkau cintakan mawar petiklah ia walau luka kerna duri.
Jagalah ia dengan sepenuh ksih sayang di bawah dahan dan keredaan Allah Yang Maha Berkuasa.
Janganlah engkau persiakan kurniaan dan keizinan yang telah diberikan kepada engkau
untuk membelai serta mencium harum sang mawar.
Jagalah tingkah lakumu sebelum engkau meminta izin dan dihalalkan si dia kepada mu.

Bukan niatku bermain kata tetapi sekadar mengingatkan teman..
Hidup di dunia amatlah senang tp sengsara akhirat amatlah susah..
Janganlah kita tertipu oleh syaitan durjana yg dengan sukanya  menanti peluang..
Sayangku hanyalah kepada yang Satu..
 demi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi..