LoLLiPoPs LovEr
Seorang gadis masuk ke dalam kedai
gula-gula ‘Sweetie Shop’. Terpampang besar di hadapan kedai itu satu notis
besar yang menguar-uarkan satu jualan lollipop terbesar kedai itu bersempena
dengan Lollipop Day.
“Uncle, bagi lollipop bentuk hati
yang besar tu satu,” pinta gadis tersebut sambil jari telunjuknya ditudingkan
ke arah lollipop merah hati yang diserikan dengan hiasan bentuk hati kecil
berwarna-warni.
“Nah,yang ni harganya RM4. Diskaun
10% untuk loyal customer,” senyum Uncle Amru sambil menghulur lollipop yang
diminta gadis itu tadi. Empat keping not seringgit dan sebatang lollipop saling
bertukar pemilik. Ceria gadis itu menyambut lollipop yang baru dibelinya.
“Kiera, nanti jangan lupa datang ke
jualan lollipop gemilang uncle ye Semuanya sepecial made by myself tau,” jemput
Uncle Amru bangga.
“Haha..Orait Uncle. Confirm Kiera
datang. Mana boleh lepas kalau dah ada barang specialkan. Anyway, thanks
Uncle.” Kiera menapak keluar dari kedai. Dia bernyanyi kecil. Lagi dua hari je
jualan lollipop itu akan berlangsung. Sudah tidak sabar rasanya untuk dia
memborong lollipop-lollipop special made by Uncle Amru.
Sedang Kiera asyik menelek lollipop
ditangannya, seorang lelaki yang berjalan agak pantas dari arah bertentangannya
secara tidak sengaja telah melanggar bahunya. Kejadian itu telah menyebabkan
lollipop yang baru dibelinya tadi terpelanting masuk ke longkang.
“Tidak!!!!” jerit Kiera.
Lollipop my sweetheart…. Sayu Kiera
memandang lollipop special Uncle Amru itu kini berada di dalam longkang yang
kotor dan dalam. Ish, macam mana aku nak ambil ni. Hati kecil Kiera berbisik. “
Lollipopku..” perlahan Kiera menyebut.
Segera dia berpusing mencari kelibat
orang yang dengan kejamnya telah melanggar bahunya lalu menyebabkan Encik
Lollipop yang tidak bersalah itu menjadi mangsa. Pantas matanya menangkap susuk
tubuh lelaki yang sedang laju berjalan ke hadapan tanpa memandang ke kiri
mahupun ke kanan. Dah la tu, sedikit pun tidak diucapkan kata maaf.
Kiera menghayun langkahnya laju
mengekori lelaki tersebut. Dia tidak akan sekali-kali melepaskan orang yang
bertanggungjawab mencederakan dia dan Encik Lollipop kesayangannya. Haih!
Kiera..Kiera..Tak habis-habis dengan Encik Lollipopnya.
“Hoi, Pak cik tua!” jerit Kiera
sambil memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan lelaki itu. Fuhh!
Panjang betul kaki mamat ni sampai tak terlarat dia nak mengejar. Untunglah
kaki dia panjang tapi kaki aku pendek, getus hati kiera.
Terkedu lelaki itu apabila Kiera
berhenti secara tiba-tiba di hadapannya. Ingatkan bidadari mana yang menegurnya
tadi. Rupa-rupanya, ‘The Hulk’ versi perempuan dengan muka bengis sedang
menantinya. Lama lelaki itu memandang gadis di hadapannya itu dari atas
hinggalah ke bawah.
Hm, boleh tahan comel juga minah ni.
Berblouse labuh hijau muda dan dipadankan pula dengan seluar hitam longgar.
Rambutnya ditutup dengan sehelai selendang hitam labuh menutupi dada. Bagusnya,
ciri-ciri perempuan solehah tapi satu je yang kureng sikit. Garang sangatlah
minah ni, fikir lelaki yang digelar Kim itu.
“Apa-pandang-pandang?” jerkah kiera.
Aku cucuk jugak mata tu buat sate bakar. Eh, kejap! Cantik pulak mata dia ni.
Mata warna hazel, I like. Hehe..Boleh buat koleksi ni.
“Erk, garang gila!” tanpa sedar, Kim
menyebut perkataan yang bermain dimindanya. Aduh, terlepas pulak! Memang cari
nahas betul la aku ni. Dah la direnungnya aku macam nak dicucuk buat sate
manusia. Masak la aku macam ni. Aku dah lambat ni. Eh, macam ada telepati pula
budak berdua ni. Macam tahu-tahu je.
“What!? Excuse me! It’s you fault
that I’m in this state,” radang Kiera.
Amboi, bukan main speaking lagi dengan aku!
Cheh, bajet lebih je minah inggeris ni. Ingat aku akan mengalah macam tu je?
Dah la aku kena marah secara tiba-tiba.
“I’m sorry, did you know me? Or rather,
did I know you?” Kim membalas dengan muka toyanya. Kiera merengus geram. Boleh
pulak dia buat tak tahu.
“Senangnya you lupakan orang yang
you dengan gembiranya langgar dan tinggalkan tanpa ucap maaf. Tak
berperikemanusiaan betul,” Kiera melancarkan peluru nuklearnya. Tangannya sudah
dicekakkan ke pinggang. Kelihatan Kim dalam keadaan terpinga-pinga dengan
situasi yang sedang di hadapinya.
Huh? Bila pulak aku langgar minah
ni? Kim cuba mencari-cari di dalam kotak memorinya andai dia ada terlanggar
sesiapa. Keningnya berkerut-kerut cuba mengingat. Rasa macam ramai je yang aku
terlanggar hari ni. Hehe..
“ Cuba you tengok Encik Lollipop I
yang jatuh di dalam longkang nun sana. Kesian dia sebab menjadi mangsa
kekejaman you. Dah la baru beli,” Kiera mengingatkan Kim kembali. Suaranya
perlahan menjadi sayu. Mukanya dimimikkan sedih. Sengaja ingin minta simpati.
“Ok. Maybe you are telling the
truth. Sorry, its my fault.” Akhirnya Kim mengakui kesalahan yang tidak
disengajakannya itu. Matanya juga tidak berkalih dari memandang lollipop yang
di dalam longkang itu.
“Sori you untuk I is accepted tapi
you kena say sorry jugak untuk Encik Lollipop yang bakal berseorangan pada
malam ini.”
“Hah? Say sorry kat lollipop? Are
you crazy or nuts?” penyakit terpinga-pinga Kim menjadi balik. Terkebil-kebil
matanya mendengar arahan Kiera. Ada ke patut dia suruh aku minta maaf kat
lollipop tu. Macam orang tak betul je.
“Yes, sebab lollipop itu adalah my
precious.” Mengada-ngada Kiera membuat muka yang diperasannya comel.
“Huh, Whatever! I’m going.” Laju Kim
menapak pergi meninggalkan Kiera. Terkelip-kelip mata Kiera memandang Kim yang
semakin jauh di sebalik kesibukan orang yang lalu lalang. Haduss! Berjangkit
pula penyakit Kim tu pada Kiera.
Ieh!!!
Geramnya aku! Bentak Kiera. Bukan nak kasi ganti rugi ke apa. Punya comel aku
buat muka kesian, boleh pulak dia tak makan. Tunggul punya lelaki. Sekali lagi
Kiera memandang sayu lollipopnya yang masih terbiar di dalam longkang, Kiera
mengeluh. Nampaknya hari ini bukan hari dia.
Kiera
menelek-nelek dirinya di hadapan cermin. Dia berpusing-pusing dengan dress
kembang berwarna biru muda ala-ala princess yang jelitawan. Selendang biru
gelap bersulamkan bunga-bunga emas di kepalanya itu dibetulkan.
“
Umi! Kiera keluar dulu ye dengan Khai. Nanti terlambat.” Laung Kiera pada
ibunya yang leka menyidai pakaian di halaman belakang. Ditariknya tangan Khai
yang berusia tujuh tahun itu agar berjalan laju menyainginya. Terpaksalah kaki
pendek Khai mengekori rentak kaki Kiera yang lebih panjang darinya.
Hari
ini misinya adalah untuk memborong segala jenis lollipop dan sweets yang ada di
sweetie shop itu. Inilah hari yang dinanti-nantikannya. Let the war begin!
Angan Kiera sambil bernyanyi kecil. Dah macam budak-budak pun ada.
Khai
memandang sinis kakaknya yang berperangai tidak matang itu. Dah nasibnya dapat
kakak yang macam tu. Reda dan pasrah je la. Khai tau, selepas ini pasti ada
lagi adegan perang gula-gula antara kakaknya dan entah budak mana yang
bermati-matian mahukan gula-gula yang sama.
Fikiran
Khai kembali ke usianya lima tahun iaitu dua tahun lepas. Kakaknya pula berusia
enam belas tahun dan sudah semestinya seorang yang menggilai gula-gula lollipop
Uncle Amru. Dia masih tidak melupakan adegan tarik menarik yang terjadi antara
kakaknya dan seorang budak yang seusia dengannya kini berebutkan lollipop yang
sama.
Sudah
tentu, keputusan memihak kepada orang yang mempunyai kelebihan. Kiera
ditakdirkan kalah pada aura budak tersebut yang menggunakan tangisan sebagai
kekuatannya. Walau sekuat manapun aura membunuh yang Kiera salurkan tetap tidak
dapat kalahkan tangisan seorang budak kecil yang cukup nyaring lagi bingit.
Kiera
mengalah dan membawa diri ke satu sudut tersembunyi di kedai Uncle Amru. Dia
menangis teresak-esak seorang diri. Segera diganti Uncle Amru sebatang lollipop
special made by himself secara percuma. Untung betul kakaknya itu. Tak dapat
satu diganti yang lain secara percuma pula tu.
Namun,
satu yang membuatkan Khai tidak sukakan kakaknya. Kejadian itu telah
menyebabkan dia sering diusik rakan-rakannya di kelas. Bayangkanlah, di dalam
kedai yang dimasuki berpuluh-puluh budak seusianya (macam terlebih je bunyinya)
telah melihat adegan kakaknya itu. Lama tau baru kejadian itu dilupakan
rakan-rakan sekelasnya.
Kali
ini Khai akan lebih berhati-hati. Dia tidak mahu menjadi bahan ejekan sekali
lagi. Sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke kedai Uncle Amru, Khai
menarik tangannya daripada genggaman Kiera dan meluru ke arah rakan-rakannya.
Kiera hanya membiarkan. Senang sikit kerjanya nanti.
Sedang
matanya meneliti segenap ruang kedai itu, matanya tertancap pada satu susuk
tubuh yang dirasakannya cukup dikenali. Kini, matanya leka cuba memerhatikan
gerangan orang yang menarik perhatiannya itu.
“You?”
jerit Kiera kuat secara tiba-tiba. Tersentak Kim mendengar jeritan Kiera yang
mengejut itu. Boleh lemah jantungnya kalau sentiasa disergah sebegitu. Lantas
dia berpusing memandang ke arah suara tersebut.
Aduh!
Budak gila ni lagi. Tangan Kim ditekupkan ke mukaya. Kenapalah malang sangat
nasib aku asyik berjumpa orang yang sama. Balik-balik minah senget ni jugak
yang aku jumpa. Lainlah kalau aku terjumpa model ke artis yang cantik meletup
ke.
“Hai
Kiera, awal datang pagi ni,” tegur Uncle Amru yang buru-buru keluar dari bilik
belakang kedainya. Sebenarnya dia pun tersentak juga mendengar satu suara
nyaring yang menjerit sampai ke bilik stor yang sedang dipunggahnya keluar.
Ingatkan pontianak datang menyerang ke kedainya juga. Almaklumlah, kedai yang
popular pasti disukai ramai.
“Kenalkan,
Hakim Arshad. Anak saudara uncle. Hakim, ni Kiera.” Uncle Amru memperkenalkan
anak saudaranya dengan Kiera. Kedua-dua mereka senyap namun masing-masing
saling berpandangan sambil memberikan mimik muka menyampah. Barangkali sebagai
tanda amaran yang mengatakan aku benci kau.
“
Kamu dah saling berkenalan ke?” soal Uncle Amru lagi. Dia tersenyum nakal
mengusik kedua-dua budak muda di hadapannya itu. Lagipun, dia tidak mahu aura
membunuh budak berdua itu memenuhi segenap ruang kedainya pula. Habis lari
pelanggannya nanti.
“Takde
maknanya Kiera kenal budak tunggul ni.” Jari telunjuk Kiera yang runcing itu
ditudingnya ke arah Kim.
“Kiera,
chow dululah uncle. Misi masih belum selesai.” Bergegas Kiera meninggalkan
mereka berdua. Malas dia nak melayan Uncle Amru yang lain macam je perangainya.
Entah apa lagi yang bakal keluar dari mulut Uncle Amru tu nanti.
Mata
Kiera mencari-cari kedudukan Khai namun gagal. Apa tidaknya, sebaik sahaja
mendengar jeritan awal Kiera, Khai sudah menyorok terlebih dahulu. Kenal sangat
siren kakaknya yang kuat plus nyaring itu.
“Uncle
Am, apa kena dengan budak perempuan tu? Gila ke tak waras? Tiba-tiba je dia
serang Kim,” soal Kim cuba menyelidik sebarang maklumat daripada pakciknya.
“
Kamu ada buat apa-apa ke kat dia sampai hangin satu badan macam tu?” Uncle Amru
menjawab pertanyaan Kim dengan persoalan.
Eh,
aku pulak yang kena soal balik! Main-main la pakcik ni, gumam Kim. Lama Kim
memandang pakciknya yang gembira melihat setiap pelanggannya yang ceria memilih
gula-gula keluarannya.
“Tak
buat apa sangat pun pakcik. Cuma, hari tu Kim terlanggar bahu dia and then
dengan segeranya Encik lollipop menyelamatkan diri daripada dia masuklah ke
dalam longkang,” jawab Kim panjang lebarnya sambil diselitkan cerita rekaannya.
Sempat dia ciplak nama Encik Lollipop tu dari Kiera.
“Ler..Buat
lawak pulak budak ni. Patut pun Kiera hangin satu badan dengan Kim. Siapa suruh
Kim tak ganti balik lollipop kesayangannya tu?” geleng Uncle Amru. Budak ni,
sama je perangai macam aku. Malas nak layan, macamlah aku tak boleh agak
jawapannya nanti.
Uncle
Amru mengangkat kakinya pergi dari situ. Masih ada kerja di belakang yang belum
disempurnakannya. Sempat dia memberi nasihat kepada Kim agar diganti semula
lollipopnya dulu.
Kim
menyeluk saku baju rasmi sweetie shop yang sedang dipakainya itu. Dia
menggenggam erat lollipop yang dibuatnya sendiri. Nak bagi tak nak. Nak bagi
tak nak.. Bergelodak hati Kim main tarik tali sama ada dia patut menggantikan
lollipop Kiera yang dahulu dengan lollipop special made by Kim. Dah jadi macam
trademark pula ‘lollipop special made by ehem..ehem ni.’
Hmh..
Buat pening kepalo eden jo pikirkan benda
ni. Aku bagi jelah. Apa susahnya. Nasib dialah kalau lollipop ni rasa
dia lain macam. Dah namanya pun lollipop special made by aku. Kim membuat keputusan.
Akhirnya dia berjalan ke arah Kiera.
“
You, this is special made by me for you bagi menggantikan lollipop you yang
masuk longkang hari tu,” hulur Kim kepada Kiera. Atas bawah Kiera memandang
Kim. Macam tak percaya pun ada. Dia dapat lollipop buatan lelaki ni? Dah la
ayat pun memang copy-paste dari Uncle Amru.
“Thanks.”
Lambat Kiera menyambut pemberian Kim. Segan pula rasanya mahu menerima lollipop
yang dikatakan special made for me. Aiseh, macam drama romantik la pulak kan.
Kiera tersengih perasan di dalam hatinya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman
manis tanda keikhlasannya menerima lollipop pemberian Kim.
Terpana
Kim tatkala melihat senyuman Kiera yang sememangnya super menawan itu. Mukanya
terasa panas. Segera Kim membelakangkan Kiera. Kakinya pantas meninggalkan
tempat itu. Risau pula andai Kiera dapat membaca isi hatinya ketika itu.
Perlahan Kim menyentuh dadanya yang hampir berlubang akibat degupan jantung
yang terlalu laju dan kuat itu.
Dup
Dup! Dup Dup! Jantung Kim berbunyi laju tanpa dapat dikawal. Lama Kim berdiri
di situ.
“Apa
kena dengan aku ni?” soal Kim. Tanpa disedarinya, ada seseorang sedang
memerhatinya dari jauh. Uncle Amru tersengih. Rancangan nakal mula bermain di
minda tua Uncle Amru. Tua-tua pun minda dia tapi bergeliga tau.
~
Rosemary Kauthar ~