Saturday, March 10, 2012

Lollipops Lover 1.4 (End)



Hujung minggu itu, Kiera memakai baju baru yang dibelinya dua hari lepas. Sudah tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan Kim. Rasa macam setahun walhal baru seminggu. Beg kecil pemberian Kim untuknya melalui Khai dipakainya.
Sekali lagi dia membelek dirinya dihadapan cermin. Cantik, getus hatinya. Selendang merah hati dipadannya dengan blouse putih labuh. Seluar hitamnya tersarung cantik pada kakinya. Semuanya lengkap dan menutup aurat. Tak ada satu pun yang kurang. Dengan penuh yakin Kiera melangkah keluar.
“Khai, cepatlah. Kita dah lambat ni.” Laung Kiera tidak sabar.
“Kejap kak. Satu minit lagi.” Balas Khai dari biliknya.
Tergesa-gesa Khai turun. Beg sekolahnya digalas. Kiera memandang pelik. Apa kena dengan budak ni sampai bawak beg sekolah. Kita kan nak pergi kedai Sweetie Shop je. Ah, lantaklah! Aku dah lambat ni.
“Jom.”
Sebaik sampai di kedai Sweetie Shop, Khai melepaskan dirinya dari Kiera. Dia melambai-lambai tangannya ke arah Kiera. Terpinga-pinga Kiera dibuatnya apabila ditinggalkan sendirian macam tu. Apa dia nak buat ni.
Khai menyelinap masuk melalui lubang pagar belakang Sweetie Shop. Abang Kim yang tunjukkan jalan rahsia tu. Masih ada urusan yang perlu diuruskannya. Kakaknya tidak perlu tahu apa yang ingin dilakukannya. Khai tersenyum nakal. Ini semua plan abang Kim, sorry kak.
“Kiera, masuklah.” Pelawa Uncle Amru. Dia pun sudah sedia maklum dengan perancangan Kim. Tiba-tiba dia mengukir senyuman. Dia mahu kasi rosak sikit kejutan Kim. Hehehe..
 “ Amboi, cantiknya orang tu. Rasa macam sedondon dengan orang di belakang. Hm, suspicious. Ada apa-apa ke?” usik Uncle Amru.
“Iey, mana adalah Uncle. Suka sangat mengusik Kiera.” Geram Kiera yang sebenarnya turut merasa malu. Sengaja dia sorokkannya. Tidak mahu diusik lebih lama dengan Uncle Amru, segera dia mengangkat kaki beredar ke ruang belakang kedai.
“Eh, budak ni! Dah macam kedai dia pulak.” Ujar Uncle Amru. Namun dia hanya membiarkan Kiera berlalu pergi. Dia pun sudah biasa dengan Kiera. Selalu juga Kiera datang melawatnya dulu. Tak lama lagi kedai ni pun akan jadi miliknya. Dia sudah penat. Dia ingin bersara sahaja.
Kringg!!
Loceng kedai berbunyi. Ada pelanggan masuk. Uncle Amru bersedia menanti pelanggannya. Seorang perempuan muda dalam lingkungan dua puluh lima berdiri di hadapannya. Kelihatan ayu sehingga Uncle Amru terpukau melihatnya. Terbang sebentar dia dari kedai itu.
“ Assalamualaikum.. Saya Anis.” lembut perempuan itu berbicara.
“Ah..Ah.. ye saya. Ada apa boleh saya bantu?” gelabah uncle Amru menjawab. Malu pulak dia nanti kalau tertangkap. Perlahan perempuan itu ketawa. Uncle Amru tersenyum. Ada can ni!
Berbalik kepada kisah Kiera. Puas Kiera berjalan di dalam kedai Sweetie Shop itu mencari Kim namun tidak dijumpainya. Kini, dia sedang berdiri betul-betul di tengah taman kedai. Matanya meliar melihat taman yang tidak pernah dirasakannya bosan.
Sebuah meja dengan dua batang lilin romantik. Bunga matahari dan ros yang digubah bersama diletakkan di sekeliling meja. Sebuah kotak putih diikat dengan reben pink terletak kemas di atas meja. Kiera menapak ke arah meja tersebut.
Tiba-tiba, suatu alunan piano kedengaran. Kiera mencari-cari punca piano tersebut. Lah, dari radio rupanya. Macam mana boleh berbunyi pulak. Buat seram sejuk je la. Mesti kerja Kim. Entah apa je rancangan budak tu.
“Kim, you kat mana? Keluarlah.” Seru Kiera.
Seorang pemuda berkemeja merah hati dengan seluar hitam keluar dari pintu kedai menuju ke arahnya diekori seorang kanak-kanak kecil berbaju kemeja putih dengan seluar hitam. Wah, memang sepadanlah mereka semua. Sama macam Uncle Amru cakap.
“Khai, apa awak buat kat sini?” soal Kiera pelik melihat adiknya mengekori Kim.
“Silakan duduk tuan, puan.” Khai menjawab dengan nada seorang penyambut tetamu. Wah, ada bakat besar ni! Boleh diasah lagi menjadi pelakon handalan suatu hari nanti.
Kiera hanya mematuhi arahan yang diberikan apabila dia melihat Kim sudah mengambil tempat duduk di hadapannya. Terkelip-kelip matanya memandang gelagat dua orang yang rapat dengannya itu. Khai mengeluarkan barang dari beg sekolahnya manakala Kim menyambut.
Sebaik tips diberikan Kim, Khai berlalu keluar. Lama Kiera memandang perlakuan dua makhluk tuhan itu. Nak bertanya tapi lidah dirasakan kelu apabila melihat peraturan yang cukup rapi dibuat Kim.
“Kiera, I have something for you,” lembut Kim menyusun ayat. Tangannya menghulurkan sebuah kotak yang diambilnya dari Khai tadi. Tergamam Kiera melihat perlakuan Kim yang sangat sweet itu. Gentleman sejati yang diimpikannya. Terasa bagai dilamar pun ada.
Perlahan Kiera menyambut pemberian Kim. Matanya tidak berkelip memandang kotak pemberian Kim. Patut ke dibukanya sekarang atau kemudian sahaja?
“Bukalah.” Kim memberi arahan bagai mengetahui isi hati Kiera.
Ragu-ragu Kiera membuka kotak itu. Pejam celik matanya di saat ingin membuka kotak tersebut. Hatinya berdegup dengan penuh debaran. Ada cincin ke dalam tu? Ish, cemas gila kot!
“Ah!!!” Jerit Kiera. Terkinja-kinja dia melompat kegelian.
Kim sudah ketawa tergolek-golek melihat reaksi Kiera apabila dua ekor katak melompat keluar dari kotak. Sudah lama dia tidak mengusik Kiera sebegitu. Rindu pula rasanya. Kim teringat kembali detik permulaan persahabatan mereka dahulu.
“Kim!!! Kejamnya you.” Jerit Kiera geram apabila dipermainkan sebegitu rupa. Tangannya pantas mencubit lengan Kim. Nasib baik beralas.
“ Aduduh.. Sakit la Kiera.” Kim mengerang. Lengannya diusap-usap. Berbisa sungguh cubitan maut Kiera ni.
Di sebalik pintu kedai, Uncle Amru dan Khai yang memerhati sedari tadi tergelak-gelak perlahan. Seorang perempuan turut sama menyertai misi ‘skodeng’ mereka berdua. Eh, Anis pun ada sekali! Laju betul Uncle Amru memancing orang tapi kalau pancing ikan memang tak pernahnya nak dapat.
Kiera menarik muncungnya panjang. Geramnya masih belum hilang Kim membuat muka selamba walaupun lengannya masih sakit dicubit Kiera. Biarlah, saja dia nak bermanja-manja sikit dengan Kiera.
“ Kiera, I’m sorry. This is really mean for you. I rindu nak usik you.” Kali ini Kim bersuara memujuk. Di tangannya terdapat sebuah lagi kotak yang lebih kecil berbanding tadi.
“Tak nak. You je yang bukakkan. Entah nanti ada cacing pulak dalam tu.” Kiera merajuk.
“Ok.” Pantas Kim membuka kotak kecil di tangannya. Di dalamnya, satu set lollipop berbentuk barang kemas tersusun rapi. Mata Kiera membulat melihatkan lollipop yang istimewa itu.
“This is special made for you from Kim to Kiera. Lollipop pertama I yang berjaya atas dorongan you.”
Sebatang lollipop berbentuk cincin dikeluarkan Kim lalu dihulurkan kepada Kiera. Lollipop cincin itu diukir halus membentuk ayat “ I Love You K”. Terharu Kiera dengan pemberian Kim. Matanya mengalir air mata gembira. Tidak pernah dirasakannya sebahagia ini.
Akhirnya, ‘K’ itu memang miliknya. Kim dan Kiera. Bukan lagi ‘K’ untuk Kim tetapi untuk mereka berdua. Melihatkan Kim yang mulai gelabah apabila Kiera mengalirkan air mata, Kiera tersenyum.
“ I also have something for you.” Ujar Kiera yang membuatkan Kim terdiam.
Sekeping kad berwarna merah jambu berhiaskan corak hati berwarna merah seperti merahnya hati mereka pada ketika itu dikeluarkan Kiera dari beg pemberian Kim. Tersenyum Kim melihat Kiera menggunakan beg yang dihadiahinya untuk hari yang istimewa itu.
“Di dalamnya ada jawapan I untuk you.”
Kim membelek-belek kad pemberian Kiera. Cantik dan kemas kad buatan Kiera itu. Hampir seminggu Kiera menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kad itu. Puas dia meneroka setiap laman web di internet untuk mencari idea bagi mereka kad tersebut.
Kad yang diberi Kiera dibuka Kim perlahan walaupun dia sudah tahu jawapan yang akan diberikan Kiera. Tertulis di dalamnya, ‘Sorry Kim sebab hati I telah dicuri orang dan you terlambat.’ . Tergamam Kim apabila membaca ayat tersebut.
“Kiera, you mean…” Kim tidak dapat menghabiskan ayatnya. Mukanya berubah sayu. Kiera mengangguk.
“ Cuba you tengok di sebalik bentuk hati tu.” Arah Kiera. Kim membaca ayat yang tertulis di situ. Kim membuka mulutnya ingin menjawab namun pantas Kiera meletakkan jarinya ke mulut menyuruhnya senyap. Dia ingin berbicara dahulu.
“ Yes, I fall in love with a guy name Hakim Arshad bin Shukri Salim. I love you sweetie.” Lembut Kiera melafazkan ayatnya.
Kim hanya mengangguk ceria. Di sebalik hati tersebut tertulis, ‘My lover’s: lollipop guy that always sweeten my life with candies’.
 ______________________________
Rosemary KAuthar~

Thursday, March 8, 2012

Lollipops Lover 1.3



Bertungkus-lumus Kim membantu pakciknya dalam penyediaan lollipop pagi itu. Dia ingin belajar dengan lebih serius cara-cara pembuatan lollipop. Hubungannya yang semakin baik dengan Kiera menggembirakan hatinya. Dia bersiul kecil.
Uncle Amru sekadar menggeleng. Faham sangat hati budak-budak ni. Cuma ego yang menghalang mereka dari saling berterus-terang. Hati mengatakan ya namun badan mengatakan tidak. Hm, biarlah pengalaman yang mengajar mereka.
Kiera pula kelihatan semakin gembira akhir-akhir ni. Ceria sahaja walau di manapun dia berada. Sampai Puan Miasara pun naik hairan. Dalam dua bulan ni, dah berapa kali dia hairan melihat perangai Kiera yang terlebih hyper daripada sebelumnya. Terlebih makan lollipop ke?
Sudah beberapa kali Kiera melawat Kim untuk memerhatikannya belajar cara pembuatan lollipop daripada Uncle Amrunya. Setiap kali itu jugalah dia membawa kenangan semanis lollipop yang biasa dibelinya balik ke rumah.
Kiera tersenyum sendirian. Nasib baiklah dia dalam bilik. Mahu diusik uminya kalau ketahuan. Uminya memang peka dengan hati mudanya. Cepat sahaja menangkap hati dan perasaanya. Naluri seorang ibu memang kuat. Kiera mula beranga andai suatu hari nanti dia bakal memiliki anaknya sendiri. Eh, sampai ke situ pula aku fikir!
Buku diari yang lama disimpannya dikeluarkan. Sejak dua menjak ni dia rajin menulis diari. Mungkin sebab dia merasa gembira dan ada mood untuk menulis. Dia dengan Kim sudah berjanji untuk tidak berjumpa selama seminggu. Oleh itu, dia banyak menghabiskan masa di rumah menulis diari.
Kim mahu memberi fokus yang lebih dalam pembuatan lollipop. Siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan lollipop yang lebih manis dan cantik. Mereka hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Kiera mengeluh. Apa kenalah dengan hatinya akhir-akhir ni.
“Akak, hari ni kita pergi Sweetie Shop jom.” Ajak Khai. Dilihatnya kakaknya itu banyak menghabiskan masa dirumah termenung. Pelik juga apabila kakaknya tidak menjenguk abang Kim. Gaduh ke mereka ni?
“Malaslah Khai. Akak dah janji dengan abang Kim untuk pergi hujung minggu sahaja.” Jawab Kiera.
“Oh…. Akak ada apa-apa ke dengan abang Kim?” soal Khai ingin tahu. Satu anak panah cintan menusuk ke hati Kiera. Aduh, apa dia nak jawab ni. Dia ada apa-apa ke dengan Kim? Rasa macam ada tapi macam tak ada pun ya jugak.
“ Em..Ah.. Macam mana akak nak jawab ye. Tak ada kot. Akak dengan abang Kim kawan je.” Was-was Kiera memberi jawapan yang dia sendiri tidak pasti. Khai ketawa girang melihat sifat gelabah Kiera apabila diberinya soalan tepung emas tadi.
“ Akak tak cuba tanya abang Kim ke?” Khai mencucuk lagi jarum halusnya.
“Ish, nak tanya apa pulak kat Abang Kim. Malu la akak nanti. Bukannya dia suka akak pun.”
Segera Kiera menekup mulutnya. Perlahan mulutnya ditampar. Adoii, macam manalah boleh terlepas cakap depan budak kecik ni pulak. Budak ni bukan boleh percaya sangat, Khai tersengih. Misi abang Kim berjaya. Hehe..
“Dah-dah.. Jangan nak menyibuk kat sini. Pergi main tempat lain. Shuh..Shuh..” Kiera menghalau Khai.
“Eleh, dah malu la tu. Akak confess je la kat abang Kim,” makin galak Khai mengusik kakaknya yang termalu. Sengaja dia mengenyit pada kakaknya. Dia tahu itu memang kelemahan Kiera.
“Eh, kau budak kecik lagi. Apa kau tahu.” Marah Kiera.
“Benda mudah macam ni pun akak tak boleh buat. Uwekk!” jelir Khai meninggalkan kakaknya yang terpinga-pinga.
Eh, budak ni! Cakap macam ada pengalaman je. Kejap.. Otaknya diimbas sekali lagi mencari-cari senario yang pernah dilihatnya suatu ketika dahulu. Hah! Ada pun. Kiera teringat.
Patutlah, Khai kan dikenali sebagai cute prince charming masa tadikanya dahulu. Ada je kawan perempuan yang dibawanya balik. Dia sendiri pun pelik melihat adiknya pada waktu itu. Lebih ramai kawan perempuan berbanding lelaki. Mulutnya pun bukan main manis.
Memang aku tak setanding dengan Khai. Mungkin sebab Khai tu lelaki jadi lebih senang untuk dia berkata begitu. Aku ni kan perempuan, tak kanlah aku yang nak kena cakap dulu. Dia tidak mahu menjadi perigi yang mencari timba.
Petang itu, Khai berlari-lari anak ke kedai Sweetie Shop. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan abang Kim. Lelah dia sebentar apabila tiba sahaja di dalam kedai. Dia mencari-cari kelibat abang Kim. Mana pulaklah abang Kim ni. Urgent ni.
Kim segera ke kaunter apabila terdengarkan loceng pada pintu utama kedai. Khai dah sampai agaknya, desis hati Kim. Mulutnya tersenyum lebar apabila jangkaannya tepat. Berita gembira ke berita buruk ya. Teka Kim.
“So, macam mana Khai? Kakak Khai cakap apa?” laju Kim menyoal.
“Lek la bang. Khai tahulah macam mana nak uruskan. Dah settle pun.” Jawab Khai.
“Jadi?” Tak sabar-sabar Kim menanti jawapan Khai yang hanya tersengih memandangnya.
“Oppss! Upah dulu. No upah no rahsia.” Khai bermain tarik tali.
“Yelah, ni macam biasa. Kalau good news abang kasi lagi satu.” Kim mengalah. Macam dia tidak biasa dengan perangai Khai. Kecil-kecil tapi pandai dalam hal-hal ni. Mengalahkan dia pula. Sudah selalu pun dia meminta pertolongan Khai kalau ianya berkaitan Kiera.
“Macam tu abang kena kasi Khai dua la sebab ni good news.”
Bersinar-sinar mata Kim apabila mendengar jawapan Khai. Misi yang diberinya beberapa hari lalu pada Khai berjaya. Kini dia tahu Kiera menyukainya. Bijak sungguh la budak ni. Adik siapalah ye. Adik Kiera jugak.
“Ok, abang nak minta tolong Khai buat satu je lagi untuk abang boleh? Nanti abang kasilah upah.”
Khai mengangguk. Dengan penuh minatnya dia mendengar perancangan abang Kim. Laju Khai bersetuju. Senang banget sih! Semua itu bisa diurus. Hati kecil Khai menjawab. Jadi indon dia gara-gara terlalu banyak melihat drama indonesia yang biasa ditonton uminya pada waktu petang.

Rosemary Kauthar~

Tuesday, March 6, 2012

Lollipops Lover 1.2



Malam itu, Kiera membelek-belek lollipop pemberian Kim. Rasa sayang pulak nak rasa lollipop ni. Comel sangat. Ah, nanti aku juga yang rugi kalau tak rasa! Manalah tau kot sedapnya lollipop tu. Sekali rasa pasti nak lagi. Aiseh, aku ni dah macam model iklan lollipop pulak!
Lembut Kiera membuka balutan plastik di sekeliling lollipop Kim. Lama matanya menatap lollipop berbentuk huruf ‘K’ yang berwarna biru muda dan merah jambu itu. Eh, macam memang special untuk aku pulak! Hati Kiera membisik perasan.
“Tak kanlah lollipop ni dibuat untuknya.” Fikir Kiera lagi. Nama budak tu Hakim. Mula dengan huruf ‘H’. Aku pula memang bermula dengan huruf ‘K’. Ah, apa-apa je la!
Lollipop itu disumbatnya masuk ke mulut dengan rakus. Uwekk!! Pelik gila kot rasa lollipop ni. Nasib baik aku tak telan lagi. Pahit, masin, masam, kelat dan macam-macam lagi rasa yang boleh membunuh taste bud aku ni ada pada lollipop Kim. Memang complete package la kan.
Lebih asam punya tunggul. Berani kau kenakan aku. Jaga kau esok. Tengoklah macam mana aku balas balik. Kiera menyinga. Rambutnya yang serabai tadi akibat belum disikat selepas mandi kelihatan bertambah kusut.
Ni semua gara-gara lollipop pemberian Kim tadi. Habis berubah wajah Kiera. Dah macam watak Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam yang pernah popular satu ketika dahulu pun ada. Cuma kali ini, tidak ada effect tambahan diberikan pada Kiera. Natural gitu.
Senyap Kiera merangka-rangka jenis bom yang ingin diguna pakainya untuk menyerang lelaki tunggul yang terlebih asam itu. Pen dan pensil diambilnya. Berbagai-bagai rancangan sudah direkanya. Tunggu masa je nak balas. Lollipop yang terlebih rasa tadi disimpannya kembali.
Pagi-pagi buta esoknya, Kiera bangun masuk ke dapur. Jam dinding ruang tamu dikilasnya sebentar ingin memastikan waktu. Awalnya, baru jam lima pagi. Kiera menguap mengantuk. Ah, tahan Kiera! Ini semua demi satu projek yang perlu djayakannya.
Kelekang! Kelekung! Kaboom! Krushh!!
Berbagai-bagai bunyi kedengaran dari dapur membuatkan umi Kiera, Puan Miasara terjaga dari tidurnya yang lena diulit mimpi indah. Entah putera manalah masuk mimpinya tadi. Opps! Tak boleh. Tak boleh. Puan Miasara dah berkahwin ye. Harap maklum.
“Entah apalah yang anak perempuan aku sorang tu buat kat dapur pagi-pagi gini?” ujar Puan Miasara perlahan, tidak mahu mengganggu tidur suaminya pula.
Puan Miasara bingkas bangun dari katilnya. Dia ingin melihat pekerjaan anak perempuannya itu. Entah betul entah tidak itu anaknya. Kiera tu kan jenis yang susah masuk dapur. Demam apa pulak budak tu awal-awal pagi dapur yang dicarinya. Hati ibu Puan Miasara bermain-main kata.
Tiba-tiba, telinga Puan Miasara menangkap bunyi hilai tawa halus. Adoii! Apa pulak tu. Meremang bulu Puan Miasara dibuatnya. Ya Allah ya tuhanku, lindungilah hambamu yang lemah tidak berdaya ini. Perlahan Puan Miasara menapak masuk ke dapur.
            Pap! Satu tepukan lembut hinggap pada bahu Kiera. Kiera menjerit kecil. Terkejut besar dia apabila disergah secara mengejut begitu. Ish, umi ni! Buat terperanjat aku je. Dadanya diusap-usap menahan debaran di dada. Mencerlung mata Puan Miasara memandang Kiera.
“Umi, kenapa pandang Kiera macam tu? Dah la lemah semangat Kiera kena sergah dengan umi tadi,” soal Kiera. Mulutnya dimuncungkan tanda protes.
“ Siapa suruh Kiera mengilai macam pontianak pagi-pagi buta macam ni buat takut umi je tau tak. Buang tebiat betul la budak ni.” Geram Puan Miasara. Ada pulak dia yang disalahkan. Mati-mati dia takut tadi. Nasib tak ada lemah jantung. Kot la terjumpa yang sebenarkan. Kiera tersengih.
“Kiera buat apa ni? Pelik umi tengok Kiera bangun seawal ni masuk ke dapur.”
“Ha!? Ah.. Tak ada apa-apa. Kiera cuma buat breakfast untuk Uncle Amru dan anak saudaranya yang datang menolong.” Ngelat Kiera. Ala, bukannya dia menipu pun. Betul la kan dia buat breakfast untuk mereka tu Cuma dia tak beritahu perancangannya pada umi je.
“ Amboi, bukan main semangat lagi! Anak saudara Uncle Amru tu mesti anak terunakan sampai Kiera beria-ia masuk ke dapur,” usik Puan Miasara. Merona muka Kiera apabila diusik uminya.
“Ish, umi ni! Mana ada. Tak hingin Kiera. Orang muda lagi la untuk benda-benda tu semua.”
Puan Miasara terkekeh-kekeh mengetawakan Kiera. Iyalah tu. Sekarang memanglah cakap macam tu tapi nanti lain pula ayatnya. Dia berlalu pergi. Dibiarkan sahaja anaknya itu dengan urusannya. Kiera dah besar panjang untuk fikir baik dan buruk walaupun perangai anaknya itu masih kebudak-budakkan.
Kiera menarik nafas lega apabila uminya beredar daripada terus memantaunya ibarat polis peronda. Makanan yang sudah disiapkannya itu dimasukkan ke dalam bekas makanan tiga tingkat. Satu bekas makanan yang lain disimpannya berasingan. Didalamnya, satu hidangan istimewa telah tersedia menanti untuk dimakan Kim.
Tepat jam sembilan, Kiera bergerak ke kedai Sweetie Shop yang hanya mengambil masa lima belas minit dari rumahnya. Lama Kiera terpacak berdiri di hadapan kedai Sweetie Shop itu. Risau juga andai rancangannya tidak berjaya dilaksanakan.
Kiera menarik nafas sedalam yang boleh sebelum melangkah masuk ke kedai Sweetie Shop. Matanya mencari-cari kelibat Uncle Amru kesayangannya. Alayai, manalah pulak uncle ni menyorok!
“Assalamualaikum!! Uncle, Kiera datang bawakan breakfast ni!” laung Kiera.
Laju Uncle Amru menyambut Kiera apabila telinganya tadi terdengarkan perkataan ‘breakfast’. Mukanya dimaniskan sehabis mungkin. Matanya sudah tertancap pada bekas makanan di tangan Kiera. Macam faham-faham, sengaja Kiera menayang bekas makanan tingkatnya di hadapan Uncle Amru.
“Laju je Uncle ni kalau bab makan. Ajaklah Kim sekali. Kiera nak ucap terima kasih untuk lollipop special dia hari tu”
“Alah, biarkan je budak tu. Nanti dia terhidu bau makanan confirm laju dia ada depan Kiera,” usik Uncle Amru sambil matanya dikenyitkan.
“ Jom ikut Uncle ke secret garden Uncle.”
Hah? Uncle Amru ada taman rahsia? Wowweett~ Power tu. Dah macam cerita orang-orang putih pulak. Eh, silap la! Cerita korea lah. Kiera menggeleng menidakkan bayangan-bayangan pelik yang menerjah ruang mindanya. Suka sangat mengarut budak ni.
“Hah! Kiera duduk dulu sini. Uncle pergi ambil pinggan kejap. Nanti Kim uncle tolong panggilkan sekali.”
Kiera mengangguk senyum membiarkan Uncle Kim pergi. Matanya takjub melihat taman yang indah macam di alam fantasi. Bekas makanan tingkatnya diletakkan pada meja taman. Bunga matahari kegemarannya pun ada pada taman Uncle Amru.
“Subhanallah, cantiknya.” Perlahan Kiera mngucapkan kesyukuran kerana diberi kesempatan melihat kecantikan ciptaan tuhannya. Pandai juga Uncle Amru ni menghias taman. Puji Kiera.
Sementara itu, Kim yang terhidu bau makanan dari taman belakang segera bergerak ke situ. Saat itu, matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang leka memerhati keindahan taman pakciknya. Lama mata Kim memandang Kiera.
Matanya ditenyeh lembut. Betul ke ni? Macam mimpi terbang ke syurga pula. Kim tersedar. Segera dia beristighfar dijauhkan dari godaan syaitan. Ehem.. Ehem.. Kim berdehem sekadar untuk menarik perhatian Kiera. Bukannya dia sakit tekak pun.
“Hai.” Sepatah Kim menyapa Kiera. Malu sebenarnya.
“ Ha! Sini pun kau Kim.” Sergah Uncle Amru secara tiba-tiba. Kiera menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu berpura-pura baik di hadapan Kim.
“Tengok ni Kiera. Uncle dah kata Kim mesti datang punya kalau terhidu bau makanan.”
Kiera ketawa mendengar usikan Uncle Kim. Merah sudah muka Kim apabila diusik pakciknya. Uncle Am ni buat jatuh saham Kim je. Kali ini Kim menarik muncung musangnya panjang. Ceria mereka bertiga pagi itu.
Usai mencekik makanan dengan penuh seleranya, mereka terbaring pada rumput karpet yang terdapat di halaman Uncle Amru. Segera Kiera mengeluarkan dessert yang disediakannya pagi tadi. Hehe.. Payback time!
            “Kim, you kena habiskan lagi satu makanan yang I buat pagi tadi.” Tangan Kiera membuka bekas makanan yang disoroknya tadi.
Pelik Kim memandang Kiera. Ada lagi tapi untuk dirinya? Biar betul. Melihatkan rupa dessert yang menarik itu, segera Kim mengambil bekas makanan yang dihulurkan Kiera. Uncle Amru buat-buat tak nampak. Hal orang muda, fikirnya.
Baru sikit dessert itu dimasukkan ke mulutnya, Kim sudah menjerit. Uwekk!! Tak sedap. Dessert jenis apa ni? Segera dia memandang Kiera yang sudah tersengih-sengih menahan ketawanya. Uncle Amru yang terkejut dengan reaksi Kim turut memandang Kiera dengan penuh tanda tanya.
“You!” geram Kim.
“Hehe.. Sedap tak lollipop yang you kasi kat I semalam?” perli Kiera. Rancangannya berjaya.
Sekali lagi Kim memandang dessert yang ditangannya. Dia termakan lollipop specialnya sendiri? Aduss, terkena balik! Lidahnya kelu untuk menjawab. Memang salahnya juga kerana memberi Kiera spesimen lollipopnya yang gagal.
“ Hahaha.. Terbaik la Kiera!” berdekah Uncle Amru mengetawakan Kim yang sudah terkebil-kebil macam mahu menangis akibat dimalukan sebegitu. Tak ada simpati betul la Uncle Amru ni. Patut la tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang.
“ Hei, I’m sorry ok! Kita kira kosong-kosong. Masing-masing dah dapat revenge kan,” pujuk Kiera. Dia tak mahu nanti dia rasa bersalah seumur hidupnya. Itu bukan ajaran umi abahnya. Lagipun, nak diharapkan Uncle Amru jadi tukang pujuk memang sampai mati la fail.
“Ok, fine. I pun salah jugak. Kosong-kosong.” Kim termakan pujukan Kiera.
Kedua-dua mereka tersenyum. Uncle Amru senyap memberi mereka masa untuk saling lebih mengenali. Dia tahu bagaimana mahu menangani hati muda mereka. Semuanya sudah ada dalam perkiraannya tadi. Bukannya dia tak ada pengalaman bercinta sebab dia pernah ada cinta manisnya tersendiri pada satu ketika dahulu. Matanya dipejam rapat, mengantuk.
___

Sunday, March 4, 2012

Lollipops Lover 1.1


LoLLiPoPs LovEr
Seorang gadis masuk ke dalam kedai gula-gula ‘Sweetie Shop’. Terpampang besar di hadapan kedai itu satu notis besar yang menguar-uarkan satu jualan lollipop terbesar kedai itu bersempena dengan Lollipop Day.
“Uncle, bagi lollipop bentuk hati yang besar tu satu,” pinta gadis tersebut sambil jari telunjuknya ditudingkan ke arah lollipop merah hati yang diserikan dengan hiasan bentuk hati kecil berwarna-warni.
“Nah,yang ni harganya RM4. Diskaun 10% untuk loyal customer,” senyum Uncle Amru sambil menghulur lollipop yang diminta gadis itu tadi. Empat keping not seringgit dan sebatang lollipop saling bertukar pemilik. Ceria gadis itu menyambut lollipop yang baru dibelinya.
“Kiera, nanti jangan lupa datang ke jualan lollipop gemilang uncle ye Semuanya sepecial made by myself tau,” jemput Uncle Amru bangga.
“Haha..Orait Uncle. Confirm Kiera datang. Mana boleh lepas kalau dah ada barang specialkan. Anyway, thanks Uncle.” Kiera menapak keluar dari kedai. Dia bernyanyi kecil. Lagi dua hari je jualan lollipop itu akan berlangsung. Sudah tidak sabar rasanya untuk dia memborong lollipop-lollipop special made by Uncle Amru.
Sedang Kiera asyik menelek lollipop ditangannya, seorang lelaki yang berjalan agak pantas dari arah bertentangannya secara tidak sengaja telah melanggar bahunya. Kejadian itu telah menyebabkan lollipop yang baru dibelinya tadi terpelanting masuk ke longkang.
“Tidak!!!!” jerit Kiera.
Lollipop my sweetheart…. Sayu Kiera memandang lollipop special Uncle Amru itu kini berada di dalam longkang yang kotor dan dalam. Ish, macam mana aku nak ambil ni. Hati kecil Kiera berbisik. “ Lollipopku..” perlahan Kiera menyebut.
Segera dia berpusing mencari kelibat orang yang dengan kejamnya telah melanggar bahunya lalu menyebabkan Encik Lollipop yang tidak bersalah itu menjadi mangsa. Pantas matanya menangkap susuk tubuh lelaki yang sedang laju berjalan ke hadapan tanpa memandang ke kiri mahupun ke kanan. Dah la tu, sedikit pun tidak diucapkan kata maaf.
Kiera menghayun langkahnya laju mengekori lelaki tersebut. Dia tidak akan sekali-kali melepaskan orang yang bertanggungjawab mencederakan dia dan Encik Lollipop kesayangannya. Haih! Kiera..Kiera..Tak habis-habis dengan Encik Lollipopnya.
“Hoi, Pak cik tua!” jerit Kiera sambil memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan lelaki itu. Fuhh! Panjang betul kaki mamat ni sampai tak terlarat dia nak mengejar. Untunglah kaki dia panjang tapi kaki aku pendek, getus hati kiera.
Terkedu lelaki itu apabila Kiera berhenti secara tiba-tiba di hadapannya. Ingatkan bidadari mana yang menegurnya tadi. Rupa-rupanya, ‘The Hulk’ versi perempuan dengan muka bengis sedang menantinya. Lama lelaki itu memandang gadis di hadapannya itu dari atas hinggalah ke bawah.
Hm, boleh tahan comel juga minah ni. Berblouse labuh hijau muda dan dipadankan pula dengan seluar hitam longgar. Rambutnya ditutup dengan sehelai selendang hitam labuh menutupi dada. Bagusnya, ciri-ciri perempuan solehah tapi satu je yang kureng sikit. Garang sangatlah minah ni, fikir lelaki yang digelar Kim itu.
“Apa-pandang-pandang?” jerkah kiera. Aku cucuk jugak mata tu buat sate bakar. Eh, kejap! Cantik pulak mata dia ni. Mata warna hazel, I like. Hehe..Boleh buat koleksi ni.
“Erk, garang gila!” tanpa sedar, Kim menyebut perkataan yang bermain dimindanya. Aduh, terlepas pulak! Memang cari nahas betul la aku ni. Dah la direnungnya aku macam nak dicucuk buat sate manusia. Masak la aku macam ni. Aku dah lambat ni. Eh, macam ada telepati pula budak berdua ni. Macam tahu-tahu je.
“What!? Excuse me! It’s you fault that I’m in this state,” radang Kiera.
 Amboi, bukan main speaking lagi dengan aku! Cheh, bajet lebih je minah inggeris ni. Ingat aku akan mengalah macam tu je? Dah la aku kena marah secara tiba-tiba.
“I’m sorry, did you know me? Or rather, did I know you?” Kim membalas dengan muka toyanya. Kiera merengus geram. Boleh pulak dia buat tak tahu.
“Senangnya you lupakan orang yang you dengan gembiranya langgar dan tinggalkan tanpa ucap maaf. Tak berperikemanusiaan betul,” Kiera melancarkan peluru nuklearnya. Tangannya sudah dicekakkan ke pinggang. Kelihatan Kim dalam keadaan terpinga-pinga dengan situasi yang sedang di hadapinya.
Huh? Bila pulak aku langgar minah ni? Kim cuba mencari-cari di dalam kotak memorinya andai dia ada terlanggar sesiapa. Keningnya berkerut-kerut cuba mengingat. Rasa macam ramai je yang aku terlanggar hari ni. Hehe..
“ Cuba you tengok Encik Lollipop I yang jatuh di dalam longkang nun sana. Kesian dia sebab menjadi mangsa kekejaman you. Dah la baru beli,” Kiera mengingatkan Kim kembali. Suaranya perlahan menjadi sayu. Mukanya dimimikkan sedih. Sengaja ingin minta simpati.
“Ok. Maybe you are telling the truth. Sorry, its my fault.” Akhirnya Kim mengakui kesalahan yang tidak disengajakannya itu. Matanya juga tidak berkalih dari memandang lollipop yang di dalam longkang itu.
“Sori you untuk I is accepted tapi you kena say sorry jugak untuk Encik Lollipop yang bakal berseorangan pada malam ini.”
“Hah? Say sorry kat lollipop? Are you crazy or nuts?” penyakit terpinga-pinga Kim menjadi balik. Terkebil-kebil matanya mendengar arahan Kiera. Ada ke patut dia suruh aku minta maaf kat lollipop tu. Macam orang tak betul je.
“Yes, sebab lollipop itu adalah my precious.” Mengada-ngada Kiera membuat muka yang diperasannya comel.
“Huh, Whatever! I’m going.” Laju Kim menapak pergi meninggalkan Kiera. Terkelip-kelip mata Kiera memandang Kim yang semakin jauh di sebalik kesibukan orang yang lalu lalang. Haduss! Berjangkit pula penyakit Kim tu pada Kiera.
Ieh!!! Geramnya aku! Bentak Kiera. Bukan nak kasi ganti rugi ke apa. Punya comel aku buat muka kesian, boleh pulak dia tak makan. Tunggul punya lelaki. Sekali lagi Kiera memandang sayu lollipopnya yang masih terbiar di dalam longkang, Kiera mengeluh. Nampaknya hari ini bukan hari dia.

Kiera menelek-nelek dirinya di hadapan cermin. Dia berpusing-pusing dengan dress kembang berwarna biru muda ala-ala princess yang jelitawan. Selendang biru gelap bersulamkan bunga-bunga emas di kepalanya itu dibetulkan.
“ Umi! Kiera keluar dulu ye dengan Khai. Nanti terlambat.” Laung Kiera pada ibunya yang leka menyidai pakaian di halaman belakang. Ditariknya tangan Khai yang berusia tujuh tahun itu agar berjalan laju menyainginya. Terpaksalah kaki pendek Khai mengekori rentak kaki Kiera yang lebih panjang darinya.
Hari ini misinya adalah untuk memborong segala jenis lollipop dan sweets yang ada di sweetie shop itu. Inilah hari yang dinanti-nantikannya. Let the war begin! Angan Kiera sambil bernyanyi kecil. Dah macam budak-budak pun ada.
Khai memandang sinis kakaknya yang berperangai tidak matang itu. Dah nasibnya dapat kakak yang macam tu. Reda dan pasrah je la. Khai tau, selepas ini pasti ada lagi adegan perang gula-gula antara kakaknya dan entah budak mana yang bermati-matian mahukan gula-gula yang sama.
Fikiran Khai kembali ke usianya lima tahun iaitu dua tahun lepas. Kakaknya pula berusia enam belas tahun dan sudah semestinya seorang yang menggilai gula-gula lollipop Uncle Amru. Dia masih tidak melupakan adegan tarik menarik yang terjadi antara kakaknya dan seorang budak yang seusia dengannya kini berebutkan lollipop yang sama.
Sudah tentu, keputusan memihak kepada orang yang mempunyai kelebihan. Kiera ditakdirkan kalah pada aura budak tersebut yang menggunakan tangisan sebagai kekuatannya. Walau sekuat manapun aura membunuh yang Kiera salurkan tetap tidak dapat kalahkan tangisan seorang budak kecil yang cukup nyaring lagi bingit.
Kiera mengalah dan membawa diri ke satu sudut tersembunyi di kedai Uncle Amru. Dia menangis teresak-esak seorang diri. Segera diganti Uncle Amru sebatang lollipop special made by himself secara percuma. Untung betul kakaknya itu. Tak dapat satu diganti yang lain secara percuma pula tu.
Namun, satu yang membuatkan Khai tidak sukakan kakaknya. Kejadian itu telah menyebabkan dia sering diusik rakan-rakannya di kelas. Bayangkanlah, di dalam kedai yang dimasuki berpuluh-puluh budak seusianya (macam terlebih je bunyinya) telah melihat adegan kakaknya itu. Lama tau baru kejadian itu dilupakan rakan-rakan sekelasnya.
Kali ini Khai akan lebih berhati-hati. Dia tidak mahu menjadi bahan ejekan sekali lagi. Sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke kedai Uncle Amru, Khai menarik tangannya daripada genggaman Kiera dan meluru ke arah rakan-rakannya. Kiera hanya membiarkan. Senang sikit kerjanya nanti.
Sedang matanya meneliti segenap ruang kedai itu, matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang dirasakannya cukup dikenali. Kini, matanya leka cuba memerhatikan gerangan orang yang menarik perhatiannya itu.
“You?” jerit Kiera kuat secara tiba-tiba. Tersentak Kim mendengar jeritan Kiera yang mengejut itu. Boleh lemah jantungnya kalau sentiasa disergah sebegitu. Lantas dia berpusing memandang ke arah suara tersebut.
Aduh! Budak gila ni lagi. Tangan Kim ditekupkan ke mukaya. Kenapalah malang sangat nasib aku asyik berjumpa orang yang sama. Balik-balik minah senget ni jugak yang aku jumpa. Lainlah kalau aku terjumpa model ke artis yang cantik meletup ke.
“Hai Kiera, awal datang pagi ni,” tegur Uncle Amru yang buru-buru keluar dari bilik belakang kedainya. Sebenarnya dia pun tersentak juga mendengar satu suara nyaring yang menjerit sampai ke bilik stor yang sedang dipunggahnya keluar. Ingatkan pontianak datang menyerang ke kedainya juga. Almaklumlah, kedai yang popular pasti disukai ramai.
“Kenalkan, Hakim Arshad. Anak saudara uncle. Hakim, ni Kiera.” Uncle Amru memperkenalkan anak saudaranya dengan Kiera. Kedua-dua mereka senyap namun masing-masing saling berpandangan sambil memberikan mimik muka menyampah. Barangkali sebagai tanda amaran yang mengatakan aku benci kau.
“ Kamu dah saling berkenalan ke?” soal Uncle Amru lagi. Dia tersenyum nakal mengusik kedua-dua budak muda di hadapannya itu. Lagipun, dia tidak mahu aura membunuh budak berdua itu memenuhi segenap ruang kedainya pula. Habis lari pelanggannya nanti.
“Takde maknanya Kiera kenal budak tunggul ni.” Jari telunjuk Kiera yang runcing itu ditudingnya ke arah Kim.
“Kiera, chow dululah uncle. Misi masih belum selesai.” Bergegas Kiera meninggalkan mereka berdua. Malas dia nak melayan Uncle Amru yang lain macam je perangainya. Entah apa lagi yang bakal keluar dari mulut Uncle Amru tu nanti.
Mata Kiera mencari-cari kedudukan Khai namun gagal. Apa tidaknya, sebaik sahaja mendengar jeritan awal Kiera, Khai sudah menyorok terlebih dahulu. Kenal sangat siren kakaknya yang kuat plus nyaring itu.
“Uncle Am, apa kena dengan budak perempuan tu? Gila ke tak waras? Tiba-tiba je dia serang Kim,” soal Kim cuba menyelidik sebarang maklumat daripada pakciknya.
“ Kamu ada buat apa-apa ke kat dia sampai hangin satu badan macam tu?” Uncle Amru menjawab pertanyaan Kim dengan persoalan.
Eh, aku pulak yang kena soal balik! Main-main la pakcik ni, gumam Kim. Lama Kim memandang pakciknya yang gembira melihat setiap pelanggannya yang ceria memilih gula-gula keluarannya.
“Tak buat apa sangat pun pakcik. Cuma, hari tu Kim terlanggar bahu dia and then dengan segeranya Encik lollipop menyelamatkan diri daripada dia masuklah ke dalam longkang,” jawab Kim panjang lebarnya sambil diselitkan cerita rekaannya. Sempat dia ciplak nama Encik Lollipop tu dari Kiera.
“Ler..Buat lawak pulak budak ni. Patut pun Kiera hangin satu badan dengan Kim. Siapa suruh Kim tak ganti balik lollipop kesayangannya tu?” geleng Uncle Amru. Budak ni, sama je perangai macam aku. Malas nak layan, macamlah aku tak boleh agak jawapannya nanti.
Uncle Amru mengangkat kakinya pergi dari situ. Masih ada kerja di belakang yang belum disempurnakannya. Sempat dia memberi nasihat kepada Kim agar diganti semula lollipopnya dulu.
Kim menyeluk saku baju rasmi sweetie shop yang sedang dipakainya itu. Dia menggenggam erat lollipop yang dibuatnya sendiri. Nak bagi tak nak. Nak bagi tak nak.. Bergelodak hati Kim main tarik tali sama ada dia patut menggantikan lollipop Kiera yang dahulu dengan lollipop special made by Kim. Dah jadi macam trademark pula ‘lollipop special made by ehem..ehem ni.’
Hmh.. Buat pening kepalo eden jo pikirkan benda  ni. Aku bagi jelah. Apa susahnya. Nasib dialah kalau lollipop ni rasa dia lain macam. Dah namanya pun lollipop special made by aku. Kim membuat keputusan. Akhirnya dia berjalan ke arah Kiera.
“ You, this is special made by me for you bagi menggantikan lollipop you yang masuk longkang hari tu,” hulur Kim kepada Kiera. Atas bawah Kiera memandang Kim. Macam tak percaya pun ada. Dia dapat lollipop buatan lelaki ni? Dah la ayat pun memang copy-paste dari Uncle Amru.
“Thanks.” Lambat Kiera menyambut pemberian Kim. Segan pula rasanya mahu menerima lollipop yang dikatakan special made for me. Aiseh, macam drama romantik la pulak kan. Kiera tersengih perasan di dalam hatinya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman manis tanda keikhlasannya menerima lollipop pemberian Kim.
Terpana Kim tatkala melihat senyuman Kiera yang sememangnya super menawan itu. Mukanya terasa panas. Segera Kim membelakangkan Kiera. Kakinya pantas meninggalkan tempat itu. Risau pula andai Kiera dapat membaca isi hatinya ketika itu. Perlahan Kim menyentuh dadanya yang hampir berlubang akibat degupan jantung yang terlalu laju dan kuat itu.
Dup Dup! Dup Dup! Jantung Kim berbunyi laju tanpa dapat dikawal. Lama Kim berdiri di situ.
“Apa kena dengan aku ni?” soal Kim. Tanpa disedarinya, ada seseorang sedang memerhatinya dari jauh. Uncle Amru tersengih. Rancangan nakal mula bermain di minda tua Uncle Amru. Tua-tua pun minda dia tapi bergeliga tau.

~ Rosemary Kauthar ~