Saturday, January 7, 2012

Nyummy Yam Penyet~

huh! Ayam penyet?

Ish bila tengok pic tu rase macam terliur pulak kan. Ha! ini lah dia ayam penyet.. Amacam, tak sepenyet yang disangkakan betul tak? Tengok macam biasa je..Yup! ayam dia memang macam biasa cuma ayam penyet ni menggunakan rempah yang khas dan bukannya ayamnya dimasak dan dilenyet-lenyet lalu dihidang..haha

Ayam penyet nie kalau diikutkan di Malaysia dah banyak cawangannya yang dibuka. Saya sendiri pernah pergi merasa namun agak sedikit kecewa kerana rasanya tak jauh beza dengan ayam goreng cuma sambal lenyet and tepung dia agak sedap la pada pandanganku.

Hum,tau kenapa saya cakap macam tue? Sebab..............
Saya dah pernah rasa ayam penyet di Indonesia and memang kat sana lebih sedap berbanding yang ada di Malaysia. Masa mula-mula nampak dulu, saya tergelak-gelak dengan umi sebab kami dah pernah rasa.. Err, masa tu saya tak boleh nak kata sedap sebab rempah dia memang pekat and saya pulak tak berapa nak sihat jadi rasanya tak berapa nak kenalah dengan selera kan..

Anyway,buat sesiapa yang tak pernah mencubanya, silakan lah mencuba..Mungkin rasa nya tak sehebat masakan indo yang sebenar tetapi tak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baru kan? (hm, mungkin rempah untuk ayam tu susah nak dapat kat Malaysia kot)