Saturday, December 24, 2011

Postive (^o^) Vs negative(TT__TT)

(>^<) Anak burung comel memberi salam buat anda semua~

Sebenarnya tak ada apa topik yang menarik pun ingin di tulis sekadar coretan melafazkan apa yang bermain di minda..Persoalan positif dan negatif nie sentiasa bermain di minda sebab positif melambangkan usaha kita untuk terus kekal hidup ceria di muka bumi ini manakala negative pula lebih kepada sikap putus asa kita dalam meneruskan kehidupan..

POSITIVE

  • Kita sentiasa cuba untuk tersenyum walaupun sepahit mana kenyataan (sampai dapat gelaran fake smile lagi tuh..)
  • Kita cuba untuk menafikan kenyataan yang memakan diri kita dan sentiasa berkata "Segalanya akan menjadi baik..Tidak ada apa yang perlu dirisaukan.."
  • Walaupun kita menghadapi sesuatu rintangan atau kepayahan (x kira la kena kutuk ke,ngumpat ke or x dapat sesuatu yg diimpikan) kita tetap buat tak peduli dan mencuba segala ikhtiar yang ada walau memakan diri.
  • Kita akan sentiasa cuba memberikan semangat kepada orang lain kerana kita merasakan diri kita akan turut lebih bersemangat kerana tahu ada yang masih memerlukan kita (rasa mcm dihargai)
  • Kita rasa Allah sayang sangat kat kita sebab setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan kita rase dunia ini serba serbi indah dan mencukupi.

Thumbs up la kalau hidup kita rase macam perfect kan..

NEGATIVE
  • Setiap hari,ada je rungutan kita..Itu tak kenalah..Ini tak kena..Senang kata tak ada apa yang betul..Asyik salah jer.. (Ish..macam mana hidup nak aman kalau macam tu)
  • Dengan mudahnya kita berkecil hati apabila ada orang bercakap perihal kita lepas tu terus jadi anti-teramat dengan orang tersebut. (cakap sikit je dah banjir satu taman padahal da cuba tegur dengan cara baik n then bukan nak berubah)
  • Tidak bersyukur dengan apa jenis pemberian.. (Alahai..kalau tak dapat langsung sedih tapi kalau da dapat banyak pulak songehnyer..)
  • Setiap arahanku mesti dipatuhi kalau tak, tak mau kawan lagi (Masalah betul..hehe)
  • Rasa macam kerdil sangat hidup kat dunia nie..Segala persoalan yang tak sepatutnya dipersoalkan menjadi tanda tanya, "Apalah gunanya aku hidup kat dunia nie..sob..sob..semua tak suka aku..huu"

kesiannya la saya..tak ada orang lain lebih kesian dari saya.. (iyeke?)
Adeh..Dua-dua serba tak kena sebenarnyer. Kita kenalah pandai seimbangkan diri kita agar hidup ini menjadi lebih fun and exciting..ececeh..bak kata orang putih "Life need adventure" (cilok mana ayat ni pun saya x pasti) Anyway,tau kenapa saya kata x bole terlebih positif or too much negativity? Nak tau? jeng jeng jeng..
  • Kalau kita terlalu positif,risau juga kalau andai kata akan trtimbulnya sifat riak,ujub..Apa taknye, asyik terima pujian jer..Tiap-tiap hari makan minum dengan pujian sampai penuh limit gelas pujian pada diri manusia.. (Awas! Dangerous nie)
  • Kalau dah negative sangat, confirm-confirm la kita rasa macam dah tak sanggup nak hidup lagi.. Rasa macam everything is useless..ha! kan dah tak bersyukur tu..ish..ish..cuba la kita berhenti sejenak dan fikirkan orang yang menyayangi diri kita (buat apa nak ambil kisah orang yang x suka kan kita)


Sudah-sudah la..penat saya menaip dengan gembiranya di atas keyboard tapi tak kan saya nak ceritakan semua jawapannya kan..Apa kata anda pula yang cuba bagi idea..hehehe.. (ngade-ngade)
Saya nak terbang ke planet unknown la..honeymoon~wowee^^
(Lari dulu..Adioz)
Don't u think u can run away from me after posting this ridiculous post!

p/s: Maaf la yer..post ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa sebab terkadang saya ada juga melakukan perkara yang sama.Segala penulisan adalah berdasarkan pengalaman.. (banyak juga asam garam yang disimpan kat dapur tu untuk dijadikan pengalaman n moral)