Aku masih cuba menarik perhatian Alissa untuk bercakap denganku.Alissa masih senyap sambil memandang papan putih.Aku tahu Alissa juga sudah hilang tumpuan sepertiku.Alissa kelihatan sedikit berlainan berbanding hari biasa.Aku semakin bosan.Fikiranku kini melayang mencari punca kelakuan pelik Alissa.Semakin lama aku semakin tenggelam melayani otak pemikiranku yang bergerak mencari jawapan.
Adakah Lis sedang marah dengan aku?Aku ada buat silap ke?Mungkin itu sebabnya.Kalau tidak,masakan dia kelihatan tidak ceria hari ini?Atau dia mempunyai masalah yang tidak ingin dia ceritakan pada aku?Musykil,musykil.Tak mengapa,aku akan cuba cungkil jawapan itu dari Lis pulang sekolah nanti.Aku tidak akan berputus asa.
Cikgu Khadijah perlahan menapak ke arahku yang sedang khayal.Perlahan dia memegang bahuku lalu menyuruh aku menjawab soalan trigonometric yang telah ditulisnya di papan putih. Semua murid di dalam kelasku memandangku dengan pandangan penuh kelegaan kerana mereka tidak perlu menjawab soalan yang kurang digemari mereka semua.Aku mengeluh perlahan.Terkial-kial aku mencari jawapan bagi soalan yang dikemukakan.Alamak!Apa aku nak jawab ni?Aku memandang sayu memohon pertolongan Alissa.Tangan Alissa laju menulis jawapan bagi soalan itu.
"Maria,apa kamu tunggu lagi?Sila berikan jawapan bagi soalan cikgu dengan segara.",pinta Cikgu Khadijah dengan senyuman manisnya sambil duduk di meja gurunya di sebelah papan putih.
"Baik cikgu.",perlahan aku menjawab.
Aku mengambil buku yang Alissa berikan padaku sebaik cikgu menundukkan kepala menulis sesuatu di buku catatannya.Perlahan aku bergerak ke papan putih dan mengambil pen marker yang telah cikgu berikan padaku sebentar tadi.Aku menulis jawapan kepada soalan yang diberikan dengan cermat dan kemas.Aku tidak mahu dikomen mempunyai tulisan yang buruk.
Loceng habis waktu sekolah berbunyi ketika aku kembali ke tempat dudukku.Mulutku tersenyum kegembiraan kerana aku bakal mencungkil jawpan daripada Alissa selepas ini.Rakan- rakanku sudah mula mengemaskan beg mereka.Cikgu meneliti jawapanku dan memberikan sedikit penerangan kepada kami sebelum dilepaskan pulang.Kami semua mengangguk bagaikan burung belatuk agar cikgu tidak memanjangkan lagi pelajarannya.
"Fuh,leganya.Selepas ini bolehlah aku balik makan.Perut aku pun dah mula berlagu kelaparan.",perlahan aku menyanyikan lagu sleeq yang bertajuk 'cun aje'.
"Amboi,sedapnya suara cik adik manis ni.Kuat la sikit.Mir tak berapa dengar la.Laparkan? Jom kita ke kantin.Mir belanja.",Amier muncul secara tiba-tiba di sebelah kami dan mempelawa kami makan.Raziq mengekori rakannya,Amier di belakang tanpa mengeluarkan sepatah kata.
"Terima kasih daun keladi la cik Amier.Cik adik berdua ni dah hilang selera mendengar suara katak puru di sebelah ni.Lagipun,kami sudah mempunyai rancangan lain selepas ini.", aku membalas sinis.Sebenarnya,aku memang lapar tetapi terasa segan dengan Raziq.
Sudah lama sebenarnya aku meminati Raziq.Aku merasakan dia ini lain daripada yang lain.Dia seorang yang tidak banyak bercakap.Memakai cermin mata serta mempunyai mata berwarna coklat gelap.Ketinggiannya tidak jauh beza berbanding Amier.Mereka memang agak rapat tetapi aku sendiri tidak faham macam mana Raziq boleh tahan dengan perangai Amier yang suka mengusik budak perempuan.Mungkin inilah yang dinamakan kejadian tuhan.Raziq diberikan sifat sabar yang tinggi oleh Allah agar persahabatan mereka terus kekal sepertiku dan Alissa.
"Boleh aku ikut?",Amier masih tidak berputus asa.
"No boys allowed.So,keep off.",aku menolak sambil mendepangkan tangan kananku.
Amier kelihatannya sudah tidak boleh bersabar lagi dengan perangaiku.Mukanya sudah sedikit kemerahan.Dia sudah membuka mulut untuk membalas namun ditahan Raziq.Risau juga aku melihat Amier yang sedang menahan marah.Segala kemungkinan telah terbayang di kepalaku.Aku bersyukur sangat kerana Raziq berjaya menenangkan Amier.Oh,thank you so much Raziq.You are my hero.
Inilah masanya untuk aku mencungkil rahsia Lis.Senyap dan aman.Tiada orang di taman permainan buat masa ini.Lantas aku menarik tangan Alissa menuju ke pondok rehat yang tersedia di taman permainan itu. Aku memandang mata Alissa dengan lamanya.Alissa kelihatan kurang selesa.
"Aku ada buat salah ke dengan kau Lis or kau ada masalah yang kau sembunyikan dari aku?",Aku memulakan serangan soalan bertubi-tubi.
"Em,aku ok.Kau tak perlu risau.Kau tak ada buat salah dengan aku ataupun mempunyai apa-apa masalah ." Alissa membalas sambil melarikan anak matanya dariku.
"Kau jangan tipu aku Lis.Kita dah berkawan lama dan aku sendiri dah kenal perangai kau.Kau tak percayakan aku ke?"Aku membalas sayu.
"Tak.Bukan macam itu.Sebenarnya..."Alissa menarik perlahan nafasnya dan menceritakan segala masalahnya kepadaku.Aku mendengar dengan teliti sambil menggeleng kepalaku perlahan tanda tidak percaya dengan apa yang aku baru dengari.
to be continue~