Hari ini, Rose sengaje buat entry. Setelah sekian lama meninggalkan blog, rasa macam terpanggil pula ingin menulis.. Almaklumklah..dunia penulisan adalah dunia yang Rose rasa indah seandainya kita tahu cara untuk menggunakannya..
Biar tatabahasa semua lari. Biar bukan bahasa baku yang kita gunakan janji kita dapat meluahkan apa yang dirasa. Keluarkan segala isi hati, pendapat, cadangan dan komen yang terpendam menjadi jeruk di otak. Rose sendiri bukan pandai sangat dalam bab menulis ni..tak konsisten..hehe
Sebaliknya Rose rasa seronok bila bermain dengan kata-kata yang melambangkan siapa diri Rose. Kata-kata yang mampu membangkitkan kembali daya imaginasi Rose yang kadangkala terkubur begitu sahaja. Cuba lihat. Dalam sekejapan, ayat Rose sudah bertukar seolah Rose di dalam dunia novel, dunia penuh khayalan.
Mainan kata boleh menjadi bahaya, pedas namun ia juga boleh menjadi pengubat, suatu kata yang manis yang mampu membuat kita tersenyum. Secara tiba-tiba sahaja dunia ini akan menjadi indah. Secara jujurnya, Rose suka menulis. Beban perasaan, kesedihan yang terbuku..sentiasa terlepas begitu sahaja dengan menulis. Terasa seakan ajaib pula kan.
Rose ade cuba menulis sebuah cerita pendek. Inspirasi yang datang dari novel-novel thriller Ramlee Awang Mursyid yang berjaya membawa Rose ke dunia fantasi, menghayati jalan cerita sepenuh hati. Walaupun apa yang Rose tulis tidak sama isi nya dengan beliau yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan, namun serba sedikit Rose berjaya menggunakan cara penulisan beliau yang teliti.
Rose meminta sedikit pendapat kawan-kawan Rose mengenainya. Mereka tertarik dan setuju mengatakan bahawa ada unsur seram di dalam cerita tersebut walhal apa yang Rose cuba sampaikan akhirnya akan menggugat bayangan makhluk yang mereka cuba bayangkan itu. Dan kesudahannya sendiri akan membuatkan mereka tergelak sendiri. (Tak sabar pula nak siapkan)
Alamak! Terpanjang pula entry kali ni. Ok la. Sampai di sini sahaja kita berjumpa. InsyaAllah apabila tangan semakin gatal untuk menulis, hati semakin berkobar-kobar nak menulis, I will be here again. Sekian sahaja, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. -Rosemary Kauthar-